Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Mat) rajah yg mempunyai tiga sempadan (sisi) atau tiga sudut; ~ cakah segi tiga yg satu drpd sudutnya sudut cakah (melebihi 90° bukanya); ~ dua sama segi tiga yg dua sempadannya sama panjang; ~ sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya sama panjang; ~ sebentuk (beberapa) segi tiga yg sama bentuk dan buka sudutnya tetapi tidak sama sempadannya; ~ serba sama (beberapa) segi tiga yg sama besar sempadan dan sudut-nya; ~ tak sama segi tiga yg mempunyai satu sudut tepat (90°); ~ tirus segi tiga yg semua sudutnya sudut tirus (kurang drpd 90°). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rajah yg mempunyai tiga sem­padan dan tiga sudut yg berjumlah 180o. ~ bersudut cakah segi tiga yg salah satu sudutnya melebihi 90o. ~ bersudut tirus segi tiga yg setiap sudutnya ber­nilai kurang drpd 90o tetapi jumlah keseluruhannya ialah 180o. ~ dua sama segi tiga yg mempunyai dua sempadan yg sama panjang. ~ sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya sama panjang. ~ serba sama dua segi tiga atau lebih yg sama ukuran sempadan dan sudutnya. ~ tak sama segi tiga yg ketiga-tiga sempadannya tidak sama panjang. ~ tepat segi tiga yg mempunyai satu sudut tepat, iaitu yg bernilai 90o. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Chinta Segi TigaIsmail HamzahMastika Filem1 May 1970
Detik kehilangan Avenger di Segi Tiga BermudaTiadaDewan Kosmik1 January 2003
Cinta Tiga SegiZanariah Abdul RahmanPerempuan1 April 1998
'Badai Pasti Berlalu' kupas cinta tiga segiTiadaMedia Hiburan24 March 2007

Kembali ke atas