Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ko.lah] | سکوله

Definisi : 1. tempat utk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran: ~ Melayu; ~ menengah; 2. masa belajar di sekolah: pukul berapa ~ dimulakan tiap-tiap hari? 3. penuntutan ilmu, pengajaran atau pelajaran (yg diperoleh dr sekolah), ilmu pengetahuan: saya ingin benar hendak melanjutkan ~ saya ke peringkat yg lebih tinggi; 4. bp pergi ke sekolah, menuntut (di sekolah): kenapa engkau tidak ~ hari ini? ~ atap sekolah kampung (biasanya beratap daun nipah dll); ~ bestari sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan pembelajaran; ~ buta huruf = ~ dewasa sekolah utk orang dewasa yg buta huruf; ~ liar Id sekolah persendirian yg tidak menurut syarat-syarat yg ditentukan oleh kerajaan; ~ malam sekolah yg diadakan pd waktu malam sahaja; ~ menengah sekolah peringkat menengah yg penuntut-penun­tutnya berumur antara 13 tahun hingga 19 tahun (selepas pendidikan awal di sekolah rendah); ~ partikelir Id sekolah yg tidak didiri-kan oleh pemerintah; ~ pembaik akhlak sekolah tempat membaiki akhlak kanak-kanak dll; ~ penerbangan pusat yg melatih bakal juruterbang; ~ pondok sekolah agama di kampung-kampung; ~ rakyat a) sekolah persendirian di kampung-kampung; b) Id = ~ rendah sekolah permulaan (utk kanak-kanak); ~ siswazah jabatan atau fakulti di sesebuah universiti yg menawarkan kursus atau pengajian lanjutan kpd para siswazah; ~ subsidi Id sekolah persendirian yg mendapat bantuan drpd pemerintah; ~ terbang sekolah yg mengajarkan pengetahuan dan kepandaian memandu kapal terbang; ~ tinggi universiti; ~ wawasan gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan spt padang permainan, dewan, kantin dsb dgn tujuan utk memupuk perpaduan antara kaum; bersekolah 1. (mulai) menuntut di sekolah, pergi ke sekolah: kanak-kanak yg baru ~ terpaksa mengubah kebiasaan mereka; 2. berpendidikan atau berpelajaran (kerana terlatih di sekolah): orang-orang yg ~; menyekolahkan memasukkan ke sekolah, menyuruh bersekolah: dia berjanji akan ~ adik perempuannya itu; sekolahan Id ark rumah sekolah; persekolahan perihal sekolah: ibunya me-ninggal dunia ketika mengurus ~nya; sepersekolahan bersama-sama menuntut di sekolah: kawan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ko.lah] | سکوله

Definisi : 1 bangunan tempat mengajar dan belajar: Tiap-tiap hari, saya pergi ke ~ dgn bas. 2 masa belajar di sekolah: Pukul berapa ~ dimulakan? 3 perbuatan atau usaha mencari ilmu pengetahuan: Dia ingin melanjutkan ~nya di Kuala Lumpur. ~ berasrama sekolah yg ada asramanya utk sebilangan muridnya. ~ berasrama penuh sekolah yg menyediakan asrama dan segala kemudahan termasuk ma­kan minum, tempat belajar dsb utk semua murid di sekolah tsb. ~ bestari sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan dlm proses pembelajaran. ~ buta huruf (dewasa) sekolah utk orang-orang de­wasa yg tidak tahu membaca atau menulis. ~ malam sekolah yg diadakan pd waktu malam saja. ~ menengah sekolah drpd tingkatan satu hingga tingkatan enam. ~ rendah sekolah utk kanak-kanak drpd darjah satu hingga darjah enam. ~ tinggi universiti. ~ wawasan gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil, yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan asas spt padang, dewan, kantin, dgn tujuan utk memupuk semangat integrasi nasional. bersekolah 1 belajar di sekolah: Gadis itu masih ~. 2 berpendidikan; berpelajaran: orang-orang yg ~. menye­kolahkan memasukkan ke sekolah: Ibu bapa bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. persekolahan hal bersekolah: Saya menghabiskan ~ saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,

Puisi
 

Datang cikgu menanam kacang,
     Ditanam oleh anak sekolah;
Hendak menembak burung terbang,
     Burung terbang terlampau payah.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Perkampungan Penulis Muda Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2007Rohaidah Binti YonDewan Sastera1 June 2007
Istilah Matematik untuk Sekolah-sekolah MalaysiaShahrun Nizam ShahirPelita Bahasa1 July 2004
Perkampungan Penulis Muda Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor 2003TiadaBerita Jiwa1 January 2003
Pengajaran tatabahasa di sekolah-sekolah (2)Mohd. Nadzar Mohd. ShariffDewan Bahasa1 January 1981
Pengajaran tatabahasa di sekolah-sekolahAzman Wan ChikDewan Bahasa1 January 1981
Sebutan baku: pelaksanaannya di sekolah-sekolah di SabahS. NathesanJurnal Dewan Bahasa1 July 1995
Kisah bahasa Malaysia di sekolah-sekolahPillai, JohnDewan Bahasa1 June 1980
Psikolinguistik dan pengajaran bacaan di sekolah- sekolah rendahAbdul Aziz Abdul TalibDewan Bahasa1 June 1984
Pengajaran tatabahasa: hakikat yang wujud di sekolah-sekolahHamdan Abdul RahmanDewan Bahasa1 June 1980
Sekolah SayaRozilah EmbongDewan Pelajar1 March 1981
12345678910...

Kembali ke atas