Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = sela-sela ruang di antara dua benda, celah: dr ~ daun-daun, dipandangnya pemuda itu dgn terharu; 2. sesuatu yg terletak (terselit dll) di antara dua benda; tanaman ~ tanaman (spt jagung, kacang, dll) yg ditanam di antara pokok-pokok lain; bersela 1. mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang: maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi; 2. berseling dgn, bersambut dgn (bunyi dll), bertingkah dgn: bunyi katil berkeriutan, ~ keluhan yg panjang; bersela-sela berselang-seli, selang-menye­lang: pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yg rendang yg ~ dgn pohon kerambil; menyela 1. terletak di antara dua benda (rumah, kerusi, dll), tersisip, terselit; 2. me-letakkan sesuatu di antara dua benda, menyelit-kan, menyisipkan: gerak irama yg teratur rapi itu kadang-kadang disela oleh beberapa baris syair; 3. mencelah atau menyampuk (per-cakapan orang): ia men­diamkan dirinya juga tidak sepatah pun ia ~ perkataan ibunya itu; sela-menyela saling menyela (mencelah), berselang-seli; menyelakan meletakkan di celah-celah (di antara dua benda, disela), menyelitkan, menyi-sipkan; selaan sesuatu yg menyela (diselakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (séla) sl tempat duduk di atas belakang kuda, pelana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (séla) sl batu; menyelakan membaling (melontar) dgn batu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (séla) Mn juling (mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = sela-sela tempat atau ruang yg terletak di antara dua benda; celah: Dia mengintai dr ~ dinding. 2 apa-apa yg terletak di antara dua benda: Nanas dpt digunakan sbg tanaman ~. menyela 1 terletak di antara dua benda; terselit. 2 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan sesuatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyelang: Kerjanya tidak selesai kerana disela dgn bermain-main. 3 menyelangkan dua benda dgn sesuatu: Pekebun ~ pokok-pokok kelapa dgn tanaman kopi utk menam­bah pendapatan mereka. 4 memotong atau menyampuk percakapan orang; mencelah. menyelakan meletakkan sesuatu di antara dua benda; menye­litkan; menyisipkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : /séla/ tempat duduk di atas be­lakang kuda dll; pelana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sela
Kata Terbitan : sela-sela, bersela, bersela-sela, menyela, sela-menyela, menyelakan, selaan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Di Sela-sela Kesibukan Kota RayaMohd. Adid Hj. Ab. RahmanDewan Sastera1 September 2007
Di sela-sela tepuk tangan untuk RendraTiadaTempo23 August 1975
Cordoba Di Sela-sela Haruman Bunga LimauChe Mahzan AhmadDewan Budaya1 September 2000
Ketika Menyelinap di Sela Lorong KecilJasni MatlaniDewan Sastera1 January 2008
Kematangan kepenyairan Siti Zainon Ismail. (Ulasan buku "Witir Sela Merapi" ..Umi AmmarDewan Sastera1 April 2005

Kembali ke atas