Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : (selésa) 1. tidak sempit, lega, luas: ketika mencari tempat berdiri yg lebih ~, dia ter­pijak kaki seorang anak kecil; 2. kesempatan, peluang; 3. (berasa) enak, sedap, senang: jika kita berdiri beberapa lama, kita berasa tidak ~; pakaian itu sungguh tidak ~ bagi Si Tenggang; menyelesakan menjadikan selesa (enak, sedap); keselesaan perihal selesa, keadaan (rasa dsb) selesa; ketidakselesaan keadaan tidak selesa: Puan Sariah memaklumi ibunya tentang ~ di asrama itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : /selésa/ 1 tidak sempit (bkn tempat); luas; lega. 2 enak atau puas ketika duduk dll; sedap: Saya berasa ~ duduk di kerusi ini. menyelesakan membuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami. keselesaan keadaan atau rasa selesa: Kami amat mementingkan ~ pelanggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesa (adjektif)
1. Bersinonim dengan luas: lega, tenggar, lebar, besar, lapang, lengang, lasar, banglas,
Berantonim dengan sempit

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, kelapangan, can, tempoh, cerlak, kelonggaran, masa, waktu terluang,

3. Bersinonim dengan sedap: menyenangkan, enak, segar, seronok, nyaman, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

Kata Terbitan : menyelesakan, keselesaan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lebih selesa tidak dikenaliKhairul Nizam Abd. RaubDewan Sastera1 February 2008
Budaya selesa dibanteras untuk 'membersihkan' perkhidmatan awamPadilah Haji AliDewan Budaya1 December 2007
Sekolah selesa, pelajar ceriaZaitul Azma Zainon HamzahPelita Bahasa1 May 2006
Kediaman selesa: usaha Jabatan Perumahan Negara yang berterusanTiadaDewan Ekonomi1 March 1998
Belanjawan selesaTiadaDewan Siswa1 December 1995
Suasana pelaburan selesa perluTiadaDewan Ekonomi1 August 1997
Melewati Zon SelesaTalib SamatPelita Bahasa1 July 1997
Jauhi zon selesaSelaine LimDewan Masyarakat1 October 2005
Menyediakan rumah yang selesa satu cadanganGanti l.RaoDewan Masyarakat15 September 1980
Persekitaran yang bersih dan selesaTiadaDewan Budaya1 May 1981
12

Kembali ke atas