Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.li.di/] | سليديق

Definisi : teliti dan cermat: terlalu rajin ia be-lajar bahasa Melayu serta dgn ~nya; menyelidik, menyelidiki 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk men-dapat keterangan dsb tentang sesuatu: bebe-rapa orang pakar sedang ~ kemung­kinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh; penyelidikan perbuatan menyelidik, peme­riksaan: ~ telah pun dijalankan tentang kanak-kanak; penyelidik 1. orang yg menyelidiki (mem­pelajari dgn sungguh-sungguh) sesuatu: Raja Ali Haji dapat dikatakan seorang ~ yg cermat; 2. pengintip, penyuluh, peluluk: komandan daerah gerila telah mengirim ~ ke segenap kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.li.di/] | سليديق

Definisi : cermat serta teliti ketika me­lakukan sesuatu: Dia telah menyiasat hal itu dgn ~nya. menyelidik 1 menyiasat utk mencari keterangan ttg sesuatu: Mereka sedang ~ sama ada perkara itu benar atau tidak. 2 mempelajari dgn sungguh-sungguh (utk mengetahui): Dia telah pergi ke kawasan itu utk ~ cara hidup orang di situ. 3 mengintai musuh; mengintip. penyelidikan perbuatan atau hal menyelidik; pemeriksaan: ~ ttg penyakit malaria telah dilakukan pd awal kurun kedua puluh. penyelidik 1 orang yg menyelidik atau mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh: Dia bekerja sbg Pegawai ~ Kaji Tumbuh-tumbuhan di Pusat Penyelidikan Getah. 2 orang yg mengintip musuh; pengintip; penyuluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selidik
Kata Terbitan : menyelidik, penyelidikan, penyelidik,

Peribahasa

Jika tidak dipecah ruyung,
     di mana boleh mencapat sagu.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Projek kaji selidik penggunaan bahasa Malaysia di institusi pengajiantinggiJuneidah IbrahimPelita Bahasa1 November 1989
Laporan kaji selidik bahasa Melayu di MahkamahRohani YaPelita Bahasa1 June 1992
Laporan kaji selidik penggunaan bahasa Malaysia di institusi pengajiantinggiWahyuni Widya PutriJurnal Dewan Bahasa1 April 1993
Laporan kaji selidik penggunaan bahasa Melayu dalam bidang kehakimandan undang-undangWahyuni Widya PutriJurnal Dewan Bahasa1 March 1993
Analisa kaji selidik Dewan SiswaAbdul AhmadDewan Siswa1 December 1987
Laporan Kaji Selidik Penggunaan Bahasa Melayu dalam Bidang Kewangandan BankSamat BuangJurnal Dewan Bahasa1 January 1996

Kembali ke atas