Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.di] | سمادي

Definisi : = bersemadi 1. mengheningkan cipta dan memusatkan fikiran: sedang ia ber-semadi di gua Hira’ tiba-tiba datang seorang yg tidak dikenalinya dan memberi salam kepadanya; 2. ki kekal: perasaannya sudah masuk ke otaknya dan ~ di situ; di situlah rupanya ~ Raja dan Rani dewa dewi per-cintaan; menyemadikan mengebumikan, mengubur­kan: jenazahnya telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam di situ; persemadian perihal bersemadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.di] | سمادي

Definisi : , = bersemadi 1 duduk diam serta memusatkan segenap fikiran; meng­heningkan cipta. 2 kekal: Biar­lah kenangan itu ~ dlm ingatanku. menyemadikan 1 menanam mayat ke dlm kubur; mengebumikan: Mereka ~ jenazah pejuang itu di makam khas. 2 menjaga atau memelihara supaya tidak hilang atau tidak berubah; me­ngekalkan: Proses sosialisasi dlm arus nilai tradisional telah ~ nilai-nilai tradisional tsb. 3 mengusahakan supaya sesuatu dpt dikekalkan: Para pemimpin bersetuju utk ~ medan pertempuran itu sbg pusara. persemadian perihal atau perbuatan bersemadi: Kemalangan tidak habis-habis menimpanya, seolah-olah dialah tempat ~ segala duka nestapa. Tahulah penduduk di situ bahawa jenazah Dising akan dihantar ke tempat ~. penyemadian perbuatan atau hal menyemadikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semadi
Kata Terbitan : bersemadi,

Puisi
 

Saya bertemu Kuala Halus,
     Rumah dinaik di dalam puan;
Badan saya semadi kurus,
     Bawa berahi denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
SemadiPyanhabibDewan Sastera15 January 1984

Kembali ke atas