Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.ngat] | سماڠت

Definisi : 1. roh yg terdapat dlm segala makhluk (dipercayai mempunyai kuasa-kuasa tertentu): tepuk bantal panggil ~, ~ datang dlm mimpi; ~ padi semangat yg menye-babkan padi boleh tumbuh dan berbuah dgn bernas; 2. perasaan hati, jiwa: kedua-duanya mempergunakan ~ perkauman utk meme-cahbelahkan rakyat; ~ kesukanan; 3. maksud atau tujuan yg terkandung dlm sesuatu perjanjian (ucapan dll): ~ perjanjian Asean; 4. kemahuan utk melakukan sesuatu, nafsu: ~ bekerja; ~ waja kemahuan yg keras; mempertinggi ~ anjing prb bersusah payah memperbaiki nama yg jahat akhirnya akan mengecewakan sahaja; bersemangat 1. ada semangatnya (roh yg menjiwainya dll), mempunyai semangat: ham-pir ia tidak ~ lagi kerana terpandang akan kejadian yg ngeri itu; 2. berjiwa keras: suara mereka menjadi semakin garang dan ~; 3. berkemahuan (utk melakukan sesuatu), bernafsu, bergiat: mereka bersorak gembira mendengar ucapan drpd guru silat mereka yg telah tua tetapi masih ~ itu; menyemangati memberi semangat (kpd), membangkitkan semangat (keberanian, ke-mahuan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.ngat] | سماڠت

Definisi : 1 roh yg terdapat pd semua makhluk dan dipercayai mempunyai kuasa tertentu: ~ padi. 2 seluruh kehidupan batin manusia; keadaan batin; perasaan hati; jiwa: Ucapannya itu telah menaikkan ~ kami supaya belajar dgn lebih tekun. 3 tujuan atau maksud yg terkandung dlm sesuatu ucapan dll: ~ Asean. ~ kebangsaan semangat cinta terhadap bangsa dan negara dan sanggup berjuang utknya. ~ waja semangat yg keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semangat (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: nyawa tubuh halus, batin, rohani,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan perasaan hati: jiwa, gerak, sentimen, kata hati, emosi, desak hati, cita, sukma, firasat,

3. Bersinonim dengan maksud: tujuan, niat, erti, tafsiran, makna, inti pati, inti sari,

4. Bersinonim dengan kemahuan: semangat waja, nafsu, keinginan, selera, keghairahan, idaman, hajat,

Kata Terbitan : bersemangat, menyemangati,

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Bertukar jiwa dengan semangat.

Bermaksud :

Sedang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Keluar semangat kerana semangatA. Rahman MudaDewan Masyarakat1 May 1991
Semangat MerdekaNur HafizahBAHANA1 February 2008
Semangat Luar Biasa RazaliAninah JanangDewan Masyarakat1 January 2009
Semangat PercintaanNourish HanaRemaja1 July 2008
Semangat zaman di R A Fine ArtsShaari SafieDewan Budaya1 November 2007
Semangat patriotik dalam novel: Kapten Hassan Wira BangsaMunsyi KomsasDewan Siswa1 August 2007
Semangat DEB pada era globalisasiMohd. Rosli, Dr.,Masa1 January 2006
Semangat patriotisme dalam novel Limpahan Darah di Sungai SemurMunsyi KomsasDewan Siswa1 September 2006
Semangat, minat dan sanggup berkorbanGonzales, JosephDewan Budaya1 November 2006
Semangat PadiJais SahokDewan Budaya1 October 2006
12345678910...

Kembali ke atas