Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Mari kusayur dengan petola,
     Bunga lengkuas berangkai-rangkai;
Kalaulah diulang dari semula,
     Kekasih bertuah tak dapat dipakai.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menjana semula tanggungjawab penulis?Abang Patdeli Abang MuhiJendela SarawakTiada
Menulis semula sejarah tempatanArmin Azhari SalehPelita Bahasa1 June 2007
Kemunculan semula di pentas PENARohaya Mohd. YusofDewan Sastera1 April 2007
Naluri Semula Jadi untuk BerceritaS.M. ZakirTunas Cipta1 October 2006
Bangkit SemulaJaafar HasnyDewan Sastera1 January 2007
Kembali semula kepada asasnyaRejal ArbeeDewan Masyarakat1 February 2007
Meninjau Semula Cerita Rakyat MelayuMohd. Taib OsmanDewan Sastera1 May 2002
Penerbitan Semula Novel Remaja Othman PutehRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 December 2002
Penjenamaan semula isu yang relevan [surat pembaca]N. K. RashidDewan Ekonomi1 March 2008
Penjenamaan semula TM Telekom MalaysiaNawal Hanim Lope Zainal AbidinDewan Ekonomi1 February 2008
12345678910...

Kembali ke atas