Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.rius] | سيريوس

Definisi : (sérius) 1. sungguh-sungguh, benar-benar, tegas dan bukan main-main: ini suatu usaha yg murni dan sewajarnya diberi perhatian dan pemikiran secara ~; dia termenung seolah-olah berfikir dgn ~; kita hendaklah bekerja dgn ~; 2. genting, berat, dan parah kesannya: keruntuhan moral merupakan satu perkara yg ~ yg perlu diatasi; 3. (bkn penyakit, dsb) tenat, berat, teruk, parah: penyakit kansernya semakin ~; keseriusan keadaan serius, kesungguhan: ~ menghadapi sebarang kemungkinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rius] | سيريوس

Definisi : 1 sungguh-sungguh; tekun dan tidak olok-olok: pekerja yg ~. 2 amat memerlukan perhatian (kerana mungkin berbahaya dsb): Penyakit kelapa sawit yg ~ ialah penyakit reput pd bahagian batang yg disebabkan oleh cendawan. keseriusan keadaan atau sifat serius: Dia dibantu memandangkan ~nya ingin melanjutkan pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serius
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan benar-benar
( betul-betul, sungguh-sungguh, sangat-sangat, tidak main-main, yakin, pasti benar, tidak syak lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan main-main

2. Bersinonim dengan genting
( berat, genting, tegang, mustahak, penting, berbahaya, )
(adjektif:)

3. Rujuk tenat 2



Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Karya serius yang popular [ Daripada editor ]Rozninah Abd. AzibDewan Sastera1 February 2007
Tidak serius atau tidak tahu?Adnan Abd MajidPelita Bahasa1 June 1989
Sharif Putera Serius dalam Penulisan (diwawancara oleh Awang Abdullah)Tiada PengarangDewan Sastera1 October 2001
Gabungan antara serius dengan popularSaleha HussinDewan Sastera1 August 2007
Keimanan: masalah serius orang IslamHassan AhmadDewan Masyarakat1 September 2005
Sekiranya kita serius....Johan JaaffarPelita Bahasa1 June 1989
Mana lebih serius: pencemaran budaya atau alam sekitar?Fadzilah Rozita MohammedMastika1 January 1981
P. Ramlee tidak serius?Nik Abdul Aziz Haji Nik HassanAl Islam1 March 2007
Gejala murtad semakin seriusHassan AhmadDewan Masyarakat1 October 2006
Novel pop novel seriusShahnon AhmadDewan Sastera1 November 2007
1234

Kembali ke atas