Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sa.ma] | سسام

Definisi : antara (mereka itu) sendiri: mereka pun asyik berbicara ~ mereka; ~ manusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.sa.ma] | سسام

Definisi : sama-sama (dlm kumpulan, golongan): Kita hendaklah berbuat baik ~ manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesama

Puisi
 

Orang mengail umpan keridik,
     Habis umpan berganti daun;
Orang bermain sesama cerdik,
     Habis bulan berganti tahun.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sesama BangsaMasuri S. NDewan Bahasa1 October 1960
Manusia: Konflik Sesama Manusia, Alam Sekitar dan TuhanMisran RokiminDewan Sastera1 December 2002
Kembali prihatin sesama jiranPadilah Haji AliDewan Budaya1 February 2008
Elakkan perpecahan sesama penulisNoorjayaDewan Sastera1 May 1988
Siapa Mujahidin... apabila berperang sesama islamMazlan NordinDewan Masyarakat1 November 1996

Kembali ke atas