Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Mati tanduk si kambing jati,
     Mati terselit di celah pandan;
Baru sekarang berjumpa di hati,
     Seperti berjumpa muka dan badan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Dikatakan mati emak,
     tak dikatakan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Jangan Pandang Belakang: apabila si mati bertemu si hidupJuan Danzai-Remaja1 February 2007
Cara doktor menganggarkan waktu kematian si matiShahrom Abd. Wahid, Zarida HambaliDewan Kosmik1 February 1996
Si Penggali Kubur Mati Tak TerkuburNisah Haji HaronDewan Sastera1 April 2005

Kembali ke atas