Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lat] | سيلت

Definisi : sj seni (permainan dsb) atau kepandaian berjuang dgn menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri, pencak; jenis-jenisnya: ~ cekak, ~ gayung, ~ pulut; ahli ~ orang yg cekap (mahir) tentang silat; bersilat bermain silat (pencak), berjuang dgn silat: sebelah kanan orang memencak, sebelah kiri orang ~; ~ lidah (kata) ki pandai memutarbalikkan perkataan, pandai berdalih (berhelah); menyilat mengelak (pukulan, serangan, dll) dgn gerak silat, menangkis; persilatan yg berkaitan dgn silat: gim­nasium itu akan dilengkapi pusat riadah, tempat latihan ~ dll; pertarungan silat yg menunjukkan kaedah ~; ~ lidah (kata) ki perbahasan dll dgn menguji kepandaian ber­kata-kata (memainkan kata-kata); pesilat orang yg bersilat: ~ sedang bersedia utk memulakan pertandingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lat] | سيلت

Definisi : berbagai-bagai jenis atau cara menyerang lawan dan memper­tahankan diri (baik dgn mengguna­kan senjata ataupun tidak); pencak: ~ gayung; ~ lincah. bersilat bermain silat; berpencak. persilatan yg berkaitan dgn silat: ilmu ~. pesilat orang yg bersilat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silat (kata nama)
Bersinonim dengan pencak, seni mempertahankan diri;,
Kata Terbitan : bersilat, pesilat,

Peribahasa

Sehabis kelahi teringat silat.

Bermaksud :

Setelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sejarah perkembangan silat Melayu [buku Seni Silat Melayu: Sejarah Perkembangan dan Budaya]Idros SamsudinDewan Budaya1 April 2009
Silat Sendeng MalaysiaTiadaKonsep1 August 2008
Silat Cekak HanafiTiadaKonsep1 July 2008
Silat GayongTiadaKonsep1 May 2008
Silat seni: membentuk remaja berdisiplinYahya SupianDewan Siswa1 December 1997
Silat dan kepimpinanHalimah Haji AhmadDewan Budaya1 January 1997
Seni silat Abjad asli (A) Jabat KilatTiadaKonsep1 October 2008
Seni Silat Terlak EmpatTiadaKonsep1 June 2008
Jurulatih silat, membentuk peribadi berdisplinSandora Mohd PanutDewan Siswa1 January 2005
Oh silatA. Aziz DeramanMastika1 February 1991
12

Kembali ke atas