Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.kong] | سوکوڠ

Definisi : tiang yg dipasang condong utk me­nyangga sesuatu (supaya jangan rebah dll), junjungan, penjalaran (utk tumbuh-tumbuhan spt kacang panjang dll); ~ membawa rebah prb orang yg dipercayai itu sendiri yg ber­khianat kpd kita; menyokong 1. menyangga (menopang) se­suatu supaya jangan rebah atau roboh: be­berapa orang ~ dan memapah dia supaya jangan rebah; 2. menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan dll, memberi bantuan (tenaga, wang, dll), membantu: saya ~ penuh fikiran penulis itu; gerila kami ~ pembe­rontakan mereka; sokongan 1. sesuatu yg dijadikan sokong (tiang dll), tunjangan; 2. perbuatan menyata­kan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan (wang dll), pertolongan: tidak ada sebuah parti politik yg boleh kekal berkuasa tanpa ~ orang Melayu; ~ moral sokongan yg tidak berupa bantuan kebendaan tetapi yg mem­berikan perangsang (mengukuhkan semangat dsb); penyokong 1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, meno­long), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.kong] | سوکوڠ

Definisi : apa-apa yg dipasang utk me­nyangga sesuatu yg lain supaya tidak rebah. menyokong 1 menaruh sang­ga pd sesuatu supaya tidak rebah; menyangga; menopang. 2 memberikan bantuan (baik berupa wang mahu­pun tenaga dsb); membantu: Saya ~ usul saudara tadi. sokongan 1 hasil menyokong. 2 apa-apa yg diberi­kan sbg bantuan; pertolongan. penyo­kong 1 apa-apa yg digunakan utk menyokong; sokong. 2 orang yg mem­berikan sokongan atau bantuan; penolong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sokong (kata nama)
Bersinonim dengan tiang, sangga, topang, tunjang, galang, junjungan, penjalaran, tumpil;,
Kata Terbitan : menyokong, sokongan, penyokong,

Peribahasa

Pancing makan umpan.

Bermaksud :

Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sokong membawa rebahAsiah IdrisJurnal Dewan Bahasa1 June 1993
Zeolit: bahan sokong mangkin unikIsmail Mohd SaidDewan Kosmik12 January 2003
MINB tidak pernah sokong IFCTiadaMilenia Muslim1 January 2006
Karya agung, Pena sokong usaha AnwarTiadaPenulis1 July 1996
50 ahli parlimen Islam sokong IFCTiadaMilenia Muslim1 January 2006

Kembali ke atas