Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kar] | سوکر

Definisi : 1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah: perkara yg ~; sangat ~ membuat pekerjaan ini; 2. sl serba kekurangan, daif, miskin: mereka hidup dlm ~; 3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk: penyakitnya terlalu ~; 4. tidak mudah mendapat, jarang ada: wang ~ pd masa ini; mahal dibeli, ~ dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh; orang ~ baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan); menyukarkan menjadikan sukar, menyulit­kan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; mempersukar menjadikan lebih sukar; kesukaran 1. perihal sukar, kesulitan, ke­susahan: ~nya makin bertambah; 2. men­derita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kar] | سوکر

Definisi : 1 tidak mudah (melakukannya, mendapatkannya dll); susah; sulit: Masalah ini ~ sekali hendak diselesaikan. 2 serba kekurangan; miskin; susah. 3 tidak mudah baik (bkn penyakit); teruk; berat. menyukarkan menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. kesukaran 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah me­nempuh berbagai-bagai ~. 2 keadaan sukar; kesulitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,

Puisi
 

Anak buaya naik mencuri,
     Singgah mari di Pasir Panjang;
Hutang budi sukar dicari,
     Kalau dapat kasih berpanjangan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kalau takut dilimbur pasang,
     jangan berumah di tepi pantai (= laut).

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).

 

Lihat selanjutnya...(59)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sukar Mencari Keharmonian antara Kesan Emosi dengan IntelektualSohaimi Abdul AzizDewan Sastera1 June 2000
Sukar ditandingi: Rahman Shaari yang prolifik, konsisten dan dinamikLim Swee TinDewan Sastera1 January 2008
Sukar mandapat majalahNordin SaidDewan Sastera1 April 1997
Sukar Merempuh Sempadan KitaSaidi SaidDewan Sastera1 September 2003
Analisis Sukar DifahamiKamariah Mohd. YusofDewan Sastera1 October 2002
Kendatipun sukar, teruskan perjuanganAgaDewan Budaya1 July 2006
Mengapa sukar meluahkan masalah?Esa Abd. SamadDewan Siswa1 May 1998
Lebih Sukar Megurus KejayaanA. Kadir JasinDewan Masyarakat1 July 2003
Orang sukar berbahasa kebangsaan kitaHalim, AmranDewan Sastera15 April 1978
Taun: sukar diubati tapi boleh dikawalKhairul Anwar AbdullahDewan Masyarakat15 July 1978
12345

Kembali ke atas