Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sun.tu/] | سونتوق

Definisi : 1. sampai hadnya, telah habis wak­tunya (tempohnya), terlambat, terlewat: sia-sia sahajalah kalau ia singgah, tambahan pula masa telah ~, hampir pukul lima; tua ~ tidak mengaku dirinya tua; 2. selama, sepanjang, seluruh (hari, malam, dll); sehari ~ sepanjang hari; semalam ~ sepanjang malam; 3. Mn tidak panjang, pendek, picik, singkat; ~ akal pendek (singkat) akalnya; fikirannya ~ cetek pengetahuannya; tersuntuk tidak dapat bergerak (maju dll) lagi, terhalang, tertahan, tertumbuk atau tersundak kpd; kesuntukan perihal suntuk, kehabisan, kekurangan (wang dll), kesempitan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sun.tu/] | سونتوق

Definisi : 1 sudah sampai pd hadnya se­hingga tidak dpt diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah ~. sehari ~ sepanjang hari; semalam ~ sepanjang malam. 2 tidak panjang; pendek; singkat: ~ akal tidak dpt berfikir lagi; pendek akal. tersuntuk tidak dpt maju atau tidak dpt mara lagi; terhalang; tertahan. kesuntukan 1 keadaan atau hal suntuk. 2 telah suntuk (waktu, wang dll); mengalami keadaan suntuk; kehabisan atau kesem­pitan (wang, masa dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suntuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan sampai waktu: habis waktu, habis tempoh, terlambat, terlewat, kasip:,
Berantonim dengan sempat

2. Bersinonim dengan selama: sepanjang, seluruh, segenap,

Kata Terbitan : kesuntukan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sehari Suntuk SendiriRoslan JomelDewan Sastera1 June 1998

Kembali ke atas