Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sur] | سوسور

Definisi : tepi, pinggir; ~ bantal tepi bantal pd lintangnya; ~ daratan = ~ pantai bahagian tepi pantai atau dataran; ~ kota tembok kota yg di luar sekali; ~ tangan tempat berpegang pd titian dll, selusur; ~ tangga tempat berpegang pd tangga, langkan; menyusur 1. berjalan (belayar dll) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi: mereka belayar dgn perahu ~ pantai Pahang; 2. lalu sepanjang (jalan dll), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dll): ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi; kajian seterusnya akan ~ arah­arah yg berbeza; menyusuri 1. menyusur: mereka berjalan lambat-lambat ~ pantai; mereka berjalan ~ kaki lima; 2. ki mengikuti, meneliti: saya susuri ceramah beliau dgn hati-hati; susuran; ~ tangga susur tangga; penyusur; kapal ~ kapal yg menyusur pantai (singgah di pelabuhan kecil sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sur] | سوسور

Definisi : Jw sugi tembakau, songel, sentil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sur] | سوسور

Definisi : ark; penyusur; ~ bayar pembayaran hutang secara beransur-ansur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sur] | سوسور

Definisi : bahagian tepi atau bahagian pinggir sebelah luar. ~ bantal bahagian tepi bantal pd lintangnya. ~-galur susunan keturunan; salasilah. ~ pantai tepi pantai. ~ tangan tempat berpegang pd tangga (titian dll); selusur. menyu­sur 1 berjalan atau bergerak mengikut tepi sesuatu; berjalan sepanjang tepi: Dr Pekan, mereka telah belayar ~ pantai hingga ke Kuala Terengganu. 2 lalu di sepanjang jalan dll: Sambil ~ di kaki lima itu, Leman memperhatikan barang-barang yg dipamerkan di dlm kedai. 3 ki menyelidik atau meneliti asal usul sesuatu: Kemakmuran ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dpt disusur kembali drpd perkembangan perusahaan getah dan bijih timah. menyusuri menyusur di: Mereka menikmati udara petang dgn berjalan ~ pantai yg indah itu. Dia begitu hati-hati semasa berjalan ~ kaki lima yg sibuk itu. penyusur yg menyusur: kapal ~ pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susur (kata kerja)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, sembir;,
Kata Terbitan : menyusur, menyusuri,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Susur galur cerita pendekShahnon AhmadDewan Sastera1 June 2008
Susur galur perkataanS. NathesanDewan Bahasa1 April 2008
Susur galur bahasa Melayu dalam gelombang tamadunAsmah OmarDewan Bahasa1 June 1987
Susur Galur Bahasa Melayu, Asmah Hj Omar, Dewan Bahasa dan Pustaka,1985Marzuki Nyak AbdullahPelita Bahasa1 November 1993

Kembali ke atas