Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.te.ra] | سوترا

Definisi : 1. sj benang yg lembut dan halus yg didapati drpd sj ulat; ulat ~ sj ulat rama-rama Bombyx mori yg mengeluarkan benang sutera; 2. kain atau cita yg dibuat drpd benang sutera; ~ kembang sutera yg bersulam; ~ buatan = ~ tiruan sutera yg dibuat secara kimia; jual ~, beli mastuli prb kehilangan yg ber­harga, mendapat yg lebih baik (lebih berharga); spt ~ dlm lukisan prb sesuatu yg sudah bagus beroleh darjat atau tempat yg bagus pula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.te.ra] | سوترا

Definisi : 1 = benang ~ benang lembut lagi halus yg diperoleh dr sj ulat. 2 kain yg dibuat drpd benang sutera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sutera

Puisi
 

Sutera ini sutera gulungan,
     Sutera perajut kaca;
Suratku ini surat kiriman,
     Dendam rindu boleh dibaca.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sutera Buat AyahR.L. ImieJendela Sabah1 December 2006
Sutera Kasih (Episod Dua)Sirhan AnsariDewan Siswa1 November 2005
Sutera Kasih (Episod Tiga)Sirhan AnsariDewan Siswa1 December 2005
Sutera KuningTiadaMutiara Malaysia1 June 1997
Sutera Kasih (Episod Satu)Sirhan AnsariDewan Siswa1 October 2005
SuteraTiadaDewan Siswa1 January 1989
Pelabuhan SuteraRasanubari AsmaramahDewan Sastera1 August 2002
Buaian SuteraTie CamarNur1 July 2006
Kurung SuteraAbdul Rasid KassimPerempuan1 December 2005
Songket Sutera Benang PerakMarhani SulaimanJelita1 August 1997
123

Kembali ke atas