Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hap] | تاهڤ

Definisi : peringkat, tingkat: pemikirannya sudah sampai ke ~ yg begitu tinggi; sekarang mereka bolehlah dilatih mengarang ke ~ yg lebih tinggi; minyak pelincir yg membawa prestasi enjin ke ~ yg tinggi; bertahap ada tahapnya, berperingkat, ber­tingkat; bertahap-tahap (dgn) beberapa tahap, tahap demi tahap, berperingkat-peringkat: projek itu akan dilaksanakan secara ~ dlm tempoh tiga tahun; menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap; penahapan perihal (proses, perbuatan, tinda­kan dsb) membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap: penggolongan dan ~ sastera dlm tulisan beliau. tahapan (Sunda) tingkatan, pangkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hap] | تاهڤ

Definisi : , = tahapan had atau takat dlm sesuatu usaha (projek dll); peringkat; tingkat. bertahap, bertahap-ta­hap ada tahapnya; berperingkat(-pe­­ring­kat): Pembinaan projek itu ~. menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap. penahapan proses atau per­buatan menahapkan. setahap 1 satu tahap: Mereka berusaha menguasai tek­nologi ~ demi ~. Berbekalkan pasukan berpengalaman, Belanda tampak ~ lebih baik berbanding pasukan lain. 2 sama tahap dgn: Mereka memang terkenal dan berjaya, tetapi jualan album mereka tidaklah ~ yg dicapai penyanyi popular itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahap (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkat, fasa;,
Kata Terbitan : bertahap-tahap,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tahap-tahap perkembangan wawasan estetik perpuisian IndonesiaToda, Dami NDewan Sastera15 October 1978
Tahap Penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahaa Pertama dan Bahasa KeduaZulkifley Hamid, Karim Harun dan Sa'adiah Ma'alipDewan Bahasa1 January 2000
Tahap Perkembangan Kesusasteraan Melayu ModenOthman PutehDewan Sastera1 March 2003
Tahap perkembangan bahasa MelayuMohd Pauzi MahmadPelita Bahasa1 April 2009
Tahap penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi kerajaanShariffulizan MalekDewan Bahasa1 May 2008
Tahap membaca dan umurHiginaVariasari1 December 2007
Tahap Ulama Bukan Pencapaian Yang MudhDatuk Dr. Ahmad Ibrahim ShukriDewan Budaya1 July 2000
Tahap (1) bahasa hipotesis bahasa praMelayuRahim AmanPelita Bahasa1 October 1997
Tahap ketiga Majlis Bahasa Indonesia - MalaysiaTiadaDewan Bahasa1 May 1978
Tahap perkembangan kesusasteraan Melayu modenOthman PutehDewan Sastera (Mekar Sastera)1 February 2003
123

Kembali ke atas