Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ju/] | تاجوق

Definisi : 1. perhiasan kepala yg dibuat drpd emas (perak dll), mahkota, patam, jamang; 2. perhiasan kepala drpd karangan bunga yg di­cacak pd rambut atau pd tutup kepala (mah­kota, serban, dll): ~ bunga cempaka dan bunga cina; 3. = ~ perahu kili-kili atau pasak pd tepi perahu; 4. kepala surat (karangan, makalah, dll), judul, mauduk, pokok (per­cakapan): belum lagi diberi ~ utk karangan itu; Hilmy mengubah ~ percakapannya; ~ berita a) serangkai perkataan tentang isi sesuatu berita atau cerita yg dicetak besar dan tebal di atas halaman surat khabar dsb; b) ringkasan pendek tentang butir-butir berita penting dlm siaran televisyen dan radio; ~ dayung keliti dayung (pd perahu); ~ mahkota a) karangan bunga pd mahkota; b) yg tercinta, yg dikasihi; ~ rencana induk karangan (dlm majalah, surat khabar, dll); ~ surat kepala surat; bertajuk 1. ada tajuknya, memakai tajuk: ia memakai seberhana tubuh, berkain pan­cung, bersebai, berdestar, ~; 2. ada judulnya (karangan dll), berkepala: karangan ini tidak ~; menajuk kelihatan menganjur (tinggi), ter-cacak, terkemuka; mempertajuk sl memberi bertajuk, mema­kai tajuk pd: maka dipertajuk tuan puteri berjerlai-jerlai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ju/] | تاجوق

Definisi : Mn tingkat; bertajuk bertingkat; bertajuk-tajuk bertingkat-tingkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ju/] | تاجوق

Definisi : 1 perhiasan kepala yg dibuat drpd emas (perak, bunga-bungaan dll). 2 sesuatu yg dijadikan nama sesuatu karangan dll; kepala (karangan); judul. bertajuk ada tajuknya atau ada judul­nya: Karangan ini tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tajuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan mahkota: patam, jamang, tiara, puspa, taj,

2. Bersinonim dengan judul: nama, topik, tema, perkara, subjek,

Kata Terbitan : bertajuk,

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tajuk SepiAkram Haji A. MajidMastika1 May 1995
(tanpa tajuk)Osman AyobDewan Budaya1 October 2005
(tanpa tajuk)Ismail RestuDewan Budaya1 September 2005
(tanpa tajuk)Lim Swee TinDewan Budaya1 August 2005
Tanpa TajukKeo WeiDewan Pelajar1 October 1975
Kepersisan tajuk karyawanIsmail DahamanPelita Bahasa1 October 1992
Pembinaan tajuk dan strategi penyelidikanRaja Masittah Raja AriffinPelita Bahasa1 February 1992
[Tanpa tajuk]M. R. DaniDewan Bahasa1 November 1977
[Tanpa tajuk]TiadaDewan Budaya1 July 1991
Cerita Cina, Tajuk InggerisAida AhmadPelita Bahasa1 March 2000
12

Kembali ke atas