Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[takh.ta] | تختا

Definisi : tempat raja bersemayam; ~ kerajaan a) (kerusi, peterana) tempat raja bersemayam, singgahsana; b) ki kekuasaan raja, wilayah di bawah pemerintahan raja; ~ rawan tandu utk raja-raja; naik ~ menjadi raja; turun ~ meletakkan jawatan raja; bertakhta 1. = ~ kerajaan menjadi raja, memerintah negeri; 2. berkerajaan di, ber­semayam di; 3. ki berada, berkedudukan: jiwa besar mesti ~ dlm seluruh kehidupan para pemimpin dan penulis; 4. ki bertempat, ter­semat: apa yg sedang ~ di hatinya sekarang ialah cintanya terhadap Azman; mentakhtai menduduki (memegang) takh­ta; mentakhtakan mendudukkan di takhta kera­jaan, menabalkan menjadi raja: baginda ditakhtakan oleh rakyat menjadi raja nege­ri itu; ketakhtaan perihal naik takhta: ~ dinasti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[takh.ta] | تختا

Definisi : tempat raja bersemayam. ~ kerajaan a. kerusi tempat raja ber­semayam; singgahsana. b. ki wilayah yg di bawah pemerintahan raja; kekuasaan raja. bertakhta 1 = ~ kerajaan men­jadi raja atau memerintah negeri. 2 bersemayam di; berkerajaan di. mentakhtakan menabalkan sbg raja: Baginda telah ditakhtakan oleh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takhta (kata nama)
Bersinonim dengan singgahsana, kerusi kerajaan, geta, tempat raja bersemayam;,
Kata Terbitan : bertakhta, mentakhtakan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Takhta penasihat istana dan alim ulamaAzlan ShahDewan Masyarakat15 August 1980
Takhta bukan sekadar lambangM. Noor AzamDewan Masyarakat15 August 1980
Penyimpan Takhta Dua Hati (pesan kepada orang muda)Rosnani RipinDewan Sastera1 March 1998
Bahasa kebangsaan di takhta kecemerlanganArmin Azhari SalehPelita Bahasa1 June 2007
Watergate: Nixon turun takhta presidenA. F. YassinDewan Masyarakat15 September 1974

Kembali ke atas