Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ma.dun] | تمدون

Definisi : 1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kema­ju­an kebendaan serta perkembangan pemikir­an (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, per­adaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, per­adaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikir­an (budaya dan moral) yg halus, peradaban; bertamadun 1. telah mencapai tamadun, ber­peradaban, beradab: barang-barang itu ialah buatan dr negeri-negeri yg lebih ~ dan lebih maju; 2. mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yg halus, berperadaban, beradab: kita mestilah menyelesaikan masalah itu dgn cara yg ~; mentamadunkan menjadikan bertamadun: dlm proses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula ditamadunkan; ketamadunan perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ma.dun] | تمدون

Definisi : cara hidup yg serba ber­kemajuan; peradaban. bertamadun sudah maju dlm cara hidup; ber­kemajuan; beradab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamadun (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan peradaban, budaya, cara hidup, kemajuan, kemodenan;,
Kata Terbitan : bertamadun,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
"Tamadun diukur dari aspek adiluhur bahasa, budaya dan seni sesebuah masyarakat." [Wawancara editor dengan Dr. Abu Hassan Hasbullah]Ritah Yahaya dan Nurhamizah HashimDewan Bahasa1 April 2009
Tamadun Islam terbina atas asas tauhidLokman IsmailDewan Agama & Falsafah1 November 2006
Tamadun Yang RapuhZulkifli SallehDewan Budaya1 April 2000
Tamadun ilmu: faktor yang menggalakkan pertumbuhannyaHassan AhmadDewan Budaya1 June 1997
Tamadun berbahasa Melayu: adakah suatu utopia?A. SDewan Bahasa1 September 1983
Tamadun DurjanaKriaMinda1 October 2003
Tamadun daripada nazrah generasi mudaMohd. Khairulanuar ManshorDewan Budaya1 February 2004
Tamadun Melayu dan dialektologiCollins, James TJurnal Dewan Bahasa1 January 1993
Tamadun Melayu dan cabaran abad ke-21A. Aziz DeramanDewan Budaya1 April 1990
Tamadun Islam: kepelbagaian dalam kesatuanYusof NoorDewan Budaya1 February 1990
12345678910...

Kembali ke atas