[tam.pil] | تمڤيل
Definisi : = menampil ark 1. datang atau melangkah ke hadapan (ke muka), maju ke muka: sebelum berlaku pertempuran antara dua pihak itu, tiba-tiba ~ seorang panglima dr pihak orang Musyrikin; 2. mengambil peranan, mengambil daya usaha: kita harap banyak lagi wanita kita ~ ke depan utk memenuhi lapangan ini; menampilkan 1. membawa ke muka (ke depan), memajukan, mengemukakan: maka baginda pun terlalu marah, segera ~ gajahnya mengusir Seri Nara Diraja; penulis ~ karya yg memberatkan tema-tema persoalan; 2. memperlihatkan, menampakkan, menunjukkan: orang yg berwajah murung itu kini ~ senyuman; penampilan perihal (tindakan, usaha) menampilkan (mengemukakan) seseorang atau sesuatu: kesan seninya akan mengatasi kesan ~ pengarang sbg dalang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tam.pil] | تمڤيل
Definisi : datang atau maju ke hadapan: Beliau pun ~ utk memberikan syarahan kpd pelajar-pelajar itu. menampilkan membawa ke hadapan; mengemukakan; memajukan. penampilan perbuatan, perihal dsb tampil atau menampilkan: ~ beliau di khalayak ramai mengejutkan banyak pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)