Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ra] | تارا

Definisi : 1. sama (kedudukannya, keadaannya, dll), bandingan, imbangan: anak raja itu terkenal sbg ahli bermain pedang yg tidak ada ~nya; bukan ~nya bukan tandingnya (imbangannya); tiada ~nya tiada bandingannya (toloknya); 2. sl sama dgn (taraf, kedudukan, peringkat): maka didudukkan baginda ~ Bendahara, tetapi jikalau makan, ke bawah; setara 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; cincin intan dua ~ sebentuk cincin dgn berpermatakan dua intan yg sama besarnya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; menyetarakan menjadikan setara (seban­ding, seimbang, setimbal, dll); kesetaraan perihal (keadaan dsb) setara; ketidaksetaraan perihal (keadaan dsb) tidak setara (tidak seimbang); penyetaraan perihal (perbuatan dsb) me­nyetarakan; bertara ada taranya, berbanding, berimbang, bertimbal: anak perempuannya terlalu amat baik rupanya, tiada ~ pd zaman itu; tertara terbandingkan, ternilai, tertan­dingkan: barang siapa yg berpuasa sunat, maka ia mendapat kebajikan yg tidak ~; penara; bukit ~ tanah rata di atas bukit (spt ditarah rupanya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ra] | تارا

Definisi : selisih atau perbezaan berat kasar dgn berat bersih, potongan harga barang (dlm kiraan peratus) sbg ganti pembungkusnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ra] | تارا

Definisi : Mn sj alat drpd kayu yg berpaku utk menggaris kayu; melampaui ~ melampaui garis (aturan, ukuran). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ra] | تارا

Definisi : yg sama tingkat atau kedudukannya; banding; imbangan: tidak ada ~nya tidak ada bandingnya. bertara ada taranya; berbanding; berimbang; ti­dak ~ tidak ada bandingnya. me­narakan menjadikan sama (bkn keadaan, tingkat atau kedudukan); menyamakan. setara sama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); seban­ding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~. menyetarakan menjadikan setara. kesetaraan kedudukan atau keadaan setara. penyetaraan perbuatan atau perihal menyetarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tara (kata nama)
Bersinonim dengan bandingan, tandingan, tolok, padanan, lawan, kufu, imbangan, timpalan, babat;,
Kata Terbitan : setara, menarakan, menyetarakan, tertara, tara2, mentara,

Peribahasa

Sumbing melalui (= meluaki),
     retak melampaui tara (= garis).

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tara klamp:sepit dan potongRos RamlyDewan Masyarakat1 January 1997
Tara Klamp: sepit dan potongRos RamlyDewan Masyarakat1 January 1997
Setiap Kata Ditimbang Tara'Azimin DaudPelita Bahasa1 May 2007
Dalam Kehadiran SemalamTaraRemaja1 July 1996
Hak milik modal saham (pada nilai tara) syarikat berhad tahun 2000 dan 2004Junaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 January 2008

Kembali ke atas