Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.raf] | طرف

Definisi : 1. tinggi rendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah, mutu, tingkatan: per­adab­an mereka telah mencapai ~ yg tinggi; 2. tingkatan kedudukan dlm masyarakat, martabat, darjat: di pelantaran stesen ramai pembesar negeri berdiri dan berbaris menu­rut ~ masing-masing; 3. batasan waktu, ting­katan masa, peringkat: mesyuarat itu masih pd ~ permulaan lagi; ~ hidup tingkat kemewahan hidup; ~ sosial kedudukan dlm masyarakat, darjat; setaraf sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan: tiap-tiap calon mestilah mem­punyai Sijil Rendah Pelajaran atau ke-lulusan yg ~ dengannya; menyetarafkan 1. menjadikan setaraf, me­nyamakan (darjatnya), menyetarakan (dgn), menjajarkan (dgn): jawatan Peguam Negara sudah disetarafkan dgn menteri; Sijil Pela­jaran Malaysia disetarafkan dgn Sijil Per­sekolahan Seberang Laut; 2. men­yepadan­kan dgn, menyesuaikan dgn: dia ~ keper­luannya dgn pendapatannya; bertaraf mempunyai taraf (darjat, tingkatan): masyarakat mereka masih ~ rendah; kita ini sbg bekas anak revolusi dan sekarang ini ~ calon angkatan perang yg rasmi; menarafkan menentukan darjat (pangkat dll): pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yg berbeza-beza; penarafan 1. perihal atau perbuatan me-narafkan: ~ itu dibuat berdasarkan tujuh peringkat skala; 2. (Eko) penilaian terhadap kedudukan sesuatu sekuriti, kewangan, dsb yg dibuat oleh agensi bebas dgn memberikan gred tertentu berdasarkan kriteria yg ditetapkan: ~ itu juga menggambarkan daya keuntungan bank tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.raf] | طرف

Definisi : 1 tingkatan kedudukan dlm masyarakat; darjat; martabat: Mereka berkumpul mengikut umur dan ~ masing-masing. 2 buruk baiknya nilai sesuatu; darjah; mutu: Kita harus ber­usaha mem­per­tinggi ~ pelajaran anak-anak kita. ~ hidup tingkatan mutu atau kemewahan hidup. bertaraf mem­punyai taraf atau darjat: Jawatan Peguam Negara ~ Menteri. menarafkan meletakkan atau menempatkan me­ngikut taraf (pangkat dll): Pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yg berbeza-beza. penarafan perihal atau perbuatan menarafkan: ~ dibuat ber­dasarkan kriteria tertentu. setaraf sama tarafnya; sedarjat; setara: Pemohon-pemohon mestilah mem­punyai Sijil Pelajaran Malaysia atau yg ~ dgnnya. menyetarafkan menjadikan setaraf; menyamakan darjatnya: Mereka menuntut supaya kerajaan ~ ijazah mereka dgn ijazah dr Universiti Malaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taraf (kata nama)
Bersinonim dengan darjat, martabat, kedudukan, status, pangkat, tahana, peringkat, tingkatan, kelas, kategori, gred, darjah;,
Kata Terbitan : setaraf, bertaraf, menyetarafkan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Taraf bahasa Melayu dalam perlembagaanMohd Pauzi MahmadPelita Bahasa1 August 2007
Taraf manusia sebagai manusiaZakaria StapaDewan Budaya1 November 1988
Taraf pencapaian bahasa Malaysia kini dan hubungannya dengan perananpendidikAwang SariyanDewan Bahasa1 March 1979
Taraf bahasa Melayu selepas 40 tahunHassan AhmadDewan Budaya1 June 1996
Merancang taraf dan korpus BahasaAwang SariyanDewan Siswa1 March 1992
Samakah taraf penterjemah dan penulis?Ainon Abu BakarPelita Bahasa1 November 1993
Mengapa taraf hidup petani2 Melayu rendah?Abdul Kadir HasanDewan Masyarakat15 August 1964
Mempertingkat taraf ekonomi melalui pendidikan berterusanIbrahim Abu ShahDewan Ekonomi1 May 1995
Meningkatkan taraf dan prestasi sukan negaraWong Chee SeongDewan Siswa1 August 1996
PIPP melonjakkan taraf pendidikan [Diwawancara oleh Ibrahim Musing]Ahamad Sipon, Datuk Dr.,Dewan Siswa1 May 2007
12

Kembali ke atas