Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bing] | تبيڠ

Definisi : pinggir sungai dll yg tinggi lagi curam, lereng (gunung, bukit, dll): ~ yg tinggi; berarak ke ~ prb orang yg berlumba-lumba melakukan sesuatu yg mendatangkan kecelakaan; menebing menyerupai tebing, berbentuk spt tebing (awan yg tinggi dan tebal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bing] | تبيڠ

Definisi : tepi atau pinggir sungai dll yg tinggi serta curam; lereng bukit atau lereng gunung: ~ sungai. menebing menyerupai tebing; berbentuk spt tebing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebing (kata nama)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, pesisir, tubir, lereng.,

Puisi
 

Tebing tinggi pangkalan ikan,
     Anak Cina menjual telur;
Adik di sini rindu tak makan,
     Abang di sana rindu tak tidur.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Sebagai aur dengan tebing.

Bermaksud :

Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tebing sungai yang ketigaJoao Guimaraes RosaDewan Sastera1 September 1997
Tebing Duka, Selat AlpaValeri, DiegoDewan Sastra15 July 1976
Tebing BeningAmi MasraJelita1 September 1996
Di Tebing Sungai JohorAmiruddin AliDewan Sastera1 July 2002
'Puaka Tebing Biru' seram dan keliruAiza Akma RamlanMedia Hiburan17 February 2007
Puaka Tebing Biru seram versi baruKhairul AmriMedia Hiburan28 May 2005
Sebelum Tebing MerapatSuhaimi Haji MuhammadDewan Sastera1 March 1997
Di Tebing CintamuMohana MhURTV15 October 1997
Di Tebing Chao PhrayaZaiton AjamainDewan Sastera1 December 2003
Di Tebing Ini: Pasir SalakShapiai Muhammad RamlyDewan Sastera1 May 1992
123

Kembali ke atas