Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.kun] | تکون

Definisi : 1. = dgn ~ dgn rajin dan usaha (melaku­kan sesuatu), bersungguh-sungguh: bekerjalah awak ~-~, jangan banyak angan-angan; 2. tabah hati, keras hati: dgn ~ dia bekerja men-cari nafkah; bertekun 1. rajin dan bersungguh-sungguh (bekerja, berusaha, mengaji, dll), berkeras hati: kira-kira lapan sembilan bulan aku ~ mengaji dan menulis itu; 2. = tertekun me­num­pukan fikiran dll pd, sangat asyik (me­nger­jakan sesuatu): jangan engkau biasakan menulis malam, kerana nanti lekas rosak mata, dan siang pun jangan ~ sangat, kerana engkau budak-budak nanti menjadi penyakit; 3. sangat-sangat berpegang pd (adat, kepercayaan, dll): mereka masih ~ pd adat kuno; 4. ark bertelekan (pd), bertumpu (pd); menekun mempelajari dll sesuatu dgn tekun: Laila sentiasa menghabiskan waktu seng­gang dgn ~ pelajaran sekolahnya; menekuni berusaha sungguh-sungguh utk sesuatu: pengajian teologi juga terus ditekuni tanpa mengalami hambatan; menekunkan menjadikan (seseorang) tekun: ~ diri dgn beberapa penelitian;ketekunan 1. perihal tekun, kerajinan, kesungguhan; 2. keasyikan (melakukan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.kun] | تکون

Definisi : sungguh-sungguh (bekerja, bela­jar dll); rajin: Belajarlah dgn ~ supaya lulus dlm peperiksaan. bertekun 1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun; bersungguh-sungguh: Selepas itu, Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat ubat bagi beberapa jenis penyakit. 2 berbuat sesuatu dgn asyik. 3 berpegang teguh pd (adat dsb). menekuni mengerjakan sesuatu dgn tekun. ketekunan 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan (melakukan sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekun (adjektif)
Bersinonim dengan rajin, gigih, bersungguh-sungguh, giat, rancak, asyik, beria-ia, teku, getol, selangkom, pulun;,
Kata Terbitan : bertekun, ketekunan,

Peribahasa

Sabar penghilang penat,
     tekun pembawa dekat.

Bermaksud :

Orang yang sabar akan berhasil usahanya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
TEKUN wadah pembangunan usahawan bumiputera [wawancara bersama Datuk Abdul rahim Hassan]Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 January 2009
TEKUN, MARA dan SME BankMohamad Sofee RazakDewan Ekonomi1 January 2009
Usaha, tekun, jayaJalaludin Abd. AzizPelita Bahasa1 August 2005
Pembaca yang tekunTiadaDewan Siswa1 April 1983
Pengkaji dan pendengar yang tekun dan amanahHassan AliasDewan Siswa1 February 1996
Dr. Liaw Yock Fang sarjana sastera Melayu klasik yang tekun dan yakinAripin SaidKarya1 March 1998

Kembali ke atas