Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lan.jang] | تلنجڠ

Definisi : = bertelanjang 1. tidak bertutup tubuhnya (dgn pakaian), berbogel: dia mem­buka seluar, ~ bogel masuk bilik mandi; apa­bila ia menoleh kpd tubuhnya barulah di­ketahuinya akan dirinya bertelanjang bulat; 2. tidak bersarung (keris, pedang, dll), ter­cabut, terhunus: rakyat Feringgi tujuh puluh ribu berdiri serta memegang pedang ber­telanjang; 3. tidak mempunyai pakaian (per­hiasan dll), tidak ada yg tinggal (harta benda); 4. tidak bertutup, terbuka, terdedah: ketika kami asyik bermain-main, datang sepuluh orang tentera dgn dada ~; ~ bulat (bogel, buta, loncos) telanjang sama sekali; telah bertelanjang prb habis kain baju tergadai kerana kalah berjudi; menelanjangi 1. menanggalkan (segala pakai­an dll) yg dipakai: ditelanjanginya anak­nya itu; 2. merampas segala pakaian (per­hias­an dll) yg dipakai: ~ penumpang-penum­pang dr barang-barang mereka; 3. ki mem­bukakan (rahsia, kejahatan, dll), mendedah­kan hingga diketahui orang segala-gala yg dirahsiakan: beliau telah pernah ~ keadaan masyarakat di Kampung Kambing (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lan.jang] | تلنجڠ

Definisi : 1 tidak bertutup dgn pakai­an (bkn tubuh); bogel: Saya tidak suka mandi ~. ~ bulat (bogel) tidak mempunyai suatu apa pun (pakaian) di badan. 2 tidak bersarung (ttg keris, pedang dsb). bertelanjang berada dlm keadaan telanjang; berbogel: Orang yg tidak siuman itu suka ~ drpd berpakaian. menelanjangi 1 menanggalkan atau melucutkan segala pakaian yg dipakai; menjadikan (seseorang) telanjang: ~ bayi utk dimandikan. 2 merampas segala pakaian atau barang hingga habis semuanya. menelanjangkan men­jadikan diketahui perkara atau apa-apa yg dirahsiakan: ~ keadaan masyarakat di kawasan itu. ketelanjangan keadaan atau perihal telanjang; keadaan di­ketahui dan bukan rahsia lagi: ~ perkara itu merupakan sesuatu yg tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. pene­lanjangan perbuatan, perihal dsb me­ne­­lanjangi atau menelanjangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telanjang (adjektif)
Bersinonim dengan bogel, bolen, bogang;,
Kata Terbitan : bertelanjang, menelanjangi, menelanjangkan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Orang TelanjangMuhammadzubiraliPerisa: jurnal Puisi Melayu, jil.12, 20041 January 2004
Anak Telanjang Dibulan MengambangNoraMastika1 February 1973
Pemandangan TelanjangLariosa, Ernest DDewan Sastera15 November 1978

Kembali ke atas