Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.pang] | تيمڤڠ

Definisi : (témpang) 1. cacat yg tetap pd kaki (kaki pendek sebelah dll), capik, pincang: segala rakyat kecil besar, tua muda, bongkok, ~ pun sekaliannya berkampunglah; 2. tidak sama panjang (kaki kerusi, meja, dll): kerusi itu ~ kakinya; 3. = tertempang-tempang incang-incut: ketika pulang ia melihat Mahmud berjalan ~ dipapah oleh Ainon; 4. ki tidak seimbang, ada kekurangannya (cacatnya), berat sebelah, tidak adil, tidak betul (per­jalan­an­nya dll): bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsa­raan lantaran kesalahan masyarakat yg selalu ~ ini; orang ~ jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang prb kecelakaan orang janganlah sangat dikata barangkali kita sendiri akan mengalami hal yg serupa; menempang berjalan tempang; menempangkan, menempang-nempangkan; ~ kaki berpura-pura tempang kaki; ketempangan 1. perihal (keadaan dsb) tem-pang, kecapikan, kepincangan; 2. cacat, cela; 3. hal yg tidak wajar (tidak adil dll), keadaan tidak wajar: bolehkah kita mengatasi ~ musya-warah kita serta kembali ke musyawarah yg sebenar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.pang] | تيمڤڠ

Definisi : /témpang/ 1 tidak sama panjang (ttg kaki kerusi dsb); pendek sebelah: Kerusi itu ~ kakinya. 2 tidak dpt berjalan dgn betul kerana cacat kakinya dll; capik: Penulis itu ~. 3 incang-incut (kerana pendek sebelah kakinya): Budak itu berjalan ~. menempang berjalan tempang. menempangkan menjadikan tempang. ~ kaki berpura-pura tempang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempang (adjektif)
Bersinonim dengan capik, pincang, encot, hincut, incut, jengkang-jengkot, kipa, pecok, teweng, kecok, cengkih kuap, rengkat;,
Kata Terbitan : tertempang-tempang, ketempangan,

Peribahasa

Memimpin gajah tempang,
     mati dihempap dek tubuh.

Bermaksud :

Menolong orang besar-besar dalam kesusahan akhirnya akan mencelakakan diri orang yang menolongnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Rahsia Si TempangMazlina MudaDewan Pelajar1 February 1979
Kalau bahasanya tempang kalau bangsanya bagaimana?Siti Haidah AsriWanita1 March 1996
Kemahiran Insaniah Masih Tempang?Suria JanibDewan Masyarakat1 October 2008
Doa Si Kucing TempangNoor Ainie A RahmanAsuh1 December 2007
Lamin Si Pemuda TempangHaron A. HSeri Dewi & Keluarga1 November 1997
Kepada Gadis yg TempangNor Aini MohamedMastika1 January 1967

Kembali ke atas