[tem.pur] | تمڤور
Definisi : bertempur 1. berlanggaran, berlaga, bertubrukan: ombak ~; 2. berkelahi, bergaduh, berjuang, berperang: lalu ~lah mereka dan beramuk-amuk dgn lebih hebat lagi; menempur menyerang, melanggar, menempuh; mempertempurkan 1. menjadikan bertempur, memperlagakan, mempertentangkan: negara-negara besar ~ negara-negara kecil utk ke-pentingan mereka sendiri; 2. memperjuang-kan, berjuang utk: mereka ~ kepentingan bangsa sendiri; pertempuran perihal bertempur, perkelahian (pergaduhan dll) yg sengit, peperangan, perjuangan: akhirnya Raja Haji mati dlm ~ ketika menyerang Melaka; ~ sengit perkelahian yg hebat; penempur alat dll utk bertempur; kapal ~ kapal perang yg besar yg dilengkapi dgn meriam-meriam besar; pesawat ~ Id kapal terbang yg dibuat utk bertempur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tem.pur] | تمڤور
Definisi : ; bertempur 1 berlanggar atau berhantuk antara satu dgn yg lain; berlaga: Ombak ~ dgn batu karang. 2 bergaduh antara satu dgn yg lain; berkelahi; berjuang; berperang: Kedua-dua belah pihak telah ~ dgn hebatnya. menempur melanggar atau menyerang musuh dsb. mempertempurkan menjadikan bertempur; memperlagakan; mempertentangkan. pertempuran perbuatan atau hal bertempur; perjuangan; peperangan: Maka terjadilah ~ sengit antara kedua-dua belah pihak. penempur alat dsb yg digunakan utk menempur: kapal ~ kapal perang yg besar yg dilengkapi meriam besar yg digunakan dlm pertempuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)