Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téng.gang] | تيڠݢڠ

Definisi : (ténggang) 1. tempoh atau waktu (yg diberikan utk berfikir, berikhtiar, ber­usaha, dll), batas waktu; 2. daya upaya (utk melepaskan diri dr bahaya dll), ikhtiar, usaha; 3. ark sama bahagiannya; ~ daya tempoh atau waktu yg diberikan utk berikhtiar (berusaha dll); ~ hati, ~ rasa menjaga hati (perasaan) orang lain supaya tidak tersinggung; ~ tangguh waktu yg diberi­kan utk bertangguh, tempoh; ~ waktu Id batas waktu (dlm perjanjian dll); habis ~ dan (dgn) kelakar prb Mn habis akal dan budi bicara; bertenggang 1. berdaya upaya (utk men­dapat­kan pinjaman wang, pertolongan, dll), berikhtiar, berusaha: dia menjadi bodoh dan tidak dapat ~ sendiri; 2. bertolak ansur (dgn kawan), ingat-mengingati, bermuafakat, berunding: dia dapat ~ dgn kawan-kawan­nya; 3. beringat-ingat (dlm hal membelanja­kan wang), berhemat, berjimat; bertenggang-tenggangan = tenggang-menenggang saling mengingati (perasaan, kepentingan, dll orang), hormat-menghor­mati, bertolong-tolongan, bantu-membantu: masing-masing ingin lekas-lekas dan dahulu-mendahului saja dgn tidak ada tenggang-menenggang lagi;menenggang, menenggangkan 1. mem-pedulikan (perasaan, kepentingan, dll orang lain), mengendahkan: si isteri sudah pandai membawakan perangai dan kelakuan suami, tahu ~ hatinya; 2. mengingat atau meman-dang (akan), menimbangkan, me­mikir­kan: pelacur juga adalah manusia yg ~ nasib dan takdirnya; mempertenggangkan 1. mengendah akan, mengambil tahu akan, mempedulikan, mem-pertimbangkan: segala-galanya harus diper-tenggangkan sebelum dibuat keputus­an; 2. mencermatkan perbelanjaan dll, menyesuai-kan pendapatan dgn pengeluaran, meng-hematkan, menjimatkan: kalau pen­dapatan itu kecil perbelanjaan hendaklah diper-tenggangkan; 3. menjaga perasaan (hati orang) supaya jangan tersinggung: anak dipangku, kemanakan dibimbing, orang kampung dipertenggangkan; tertenggang diikhtiarkan atau diusahakan, ditimbangkan atau difikirkan baik-baik; tidak ~ lagi habis ikhtiar dan budi bicara (tidak dapat berbuat apa-apa lagi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tenggang (kata nama)
1. Bersinonim dengan tempoh: masa, waktu, jangka masa, jangka waktu, batas waktu,

2. Bersinonim dengan daya upaya: ikhtiar, usaha, akal ikhtiar, reka,

Kata Terbitan : bertenggang, bertenggang-tenggangan, tenggang-menenggang, menenggang, menenggangkan, mempertenggangkan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tenggang Ya TenggangAffindi Hj. SukiranDewan Sastera1 February 1998
Tenggang ya tenggangMd. Affindi Hj. SukiranPelita Bahasa1 January 1998
Si Tenggang: masyarakatnya "membatukannya"?S. Othman KelantanDewan Budaya1 September 1990
Nakhoda TenggangAbu Hassan ShamMastika1 January 1976
Akulah Tenggang Anak Dagang Yang Baru PulangDaudharma AminDewan Sastera15 January 1980
Pulang Si Tenggang ii [diwawancara oleh Sutung Umar Rs dan RahmanShaari]Muhammad Haji SallehDewan Sastera15 November 1979
Buku perjalanan Si Tenggang II: kepekaan dan keintelektualan MuhammadHaji SallehAhmad Kamal AbdullahDewan Bahasa1 July 1977
Ulasan buku pelajaran - Nakhoda TenggangA. Wahab MuhammadDewan Bahasa1 July 1964
Muhammad Haji Salleh bukan si Tenggang: sekadar mahukan sastra yangkembang semerbakBakar Wan DagangMastika1 April 1975
Nakhoda Manis Mahajana Brunei bukan-nya manipulasi Malim Kundang atauSi-TenggangMd. Alinoordin Md. ZainBahana1 October 1982
12

Kembali ke atas