[te.ras] | ترس
Definisi : (téras) IB teres. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.ras] | ترس
Definisi : 1. bahagian yg keras dlm batang kayu, hati kayu: Sanah tidak sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dgn ~ kayu nangka; 2. bahagian beras dll yg sudah dibersihkan; 3. ki sesuatu yg terpenting (terutama), isi yg terpenting (terbaik), sesuatu yg menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu), intisari: pantunlah yg menjadi ~ puisi Melayu lama dlm kesusasteraan Melayu; orang-orang ini yg akan menjadi ~ negara; orang-orang Jepun tidak pernah lupa pd ~ sebenar kemajuan, iaitu membaca; ~ bumi bahagian tengah bumi yg cair; ~ terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi ~, gubal melayang ~ tinggal prb orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta; meskipun tertimbun dlm tanah, namun ~ timbul juga prb orang yg berbudi baik itu sekalipun dlm keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia; bertemu ~ dgn beliungnya prb dua orang yg berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah; berteras mempunyai (ada) terasnya: tumbuh-tumbuhan herba tidak ~; ~ ke dlm orang yg tidak kelihatan kekayaan atau kecerdikannya; ~ ke rusuk orang yg dikuasai oleh kaum keluarganya; ~ keluar bagai pimping prb tampak di luar sahaja bagus (kaya dll) tetapi sebenarnya melarat; di manakah ~ kayu mahang prb janganlah diharapkan yg mustahil; berteraskan ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam; menerasi menjadi teras kpd: Islamlah yg ~ keperibadian Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.ras] | ترس
Definisi : Id simen yg dibuat drpd serbuk tanah yg keras (sj batu yg terjadi drpd pasir atau tanah, cadas). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.ras] | ترس
Definisi : 1 bahagian yg keras dlm batang kayu; hati kayu. 2 besi dsb yg dililiti wayar (dlm elektromagnet atau dlm transformer) utk menguatkan medan magnetnya. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg utama; sesuatu yg menjadi asas atau dasar bagi sesuatu. ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi. berteras mempunyai atau ada terasnya: Pokok herba tidak ~. berteraskan mempunyai sesuatu sbg teras (asas dsb); berasaskan; berdasarkan: Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah ~ kebudayaan Melayu. menerasi menjadi teras (unsur penting) kpd: Jelas kelihatan bahawa agama dan adat ~ keperibadian mereka. ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)