[te.ren.tang] | ترنتڠ
Definisi : 1. sudah direntangkan, terbentang: gunung itu ~ dr utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang, terhalang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.ren.tang] | ترنتڠ
Definisi : sj tumbuhan (pokok), napan, serentang, Campnosperma auriculata; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, kabau, semincang, Allophylus glaber; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Campnosperma minor; ~ manuk sj tumbuhan (pokok), bentangur otak udang, berjagung, habung ayam, katak (keretak) udang, medang ampas (udang), pauh pipit, pokok seudang, rengas ayam (pasir), sempedu burung, sumpah biawak (tupai), Buchanania sessilifolia; ~ tikus sj tumbuhan (pokok), katak (ketak) udang, otak udang, pauh pipit, puan, Buchanania lucida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.ren.tang] | ترنتڠ
Definisi : direntangkan; ® rentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.ren.tang] | ترنتڠ
Definisi : 1 sudah direntangkan: Dawai telefon ~ dr rumah ke rumah. 2 tergalang; terhalang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)