Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.je.mah] | ترجمه

Definisi : menterjemah membuat kerja-kerja terjemahan; menterjemahkan 1. memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan: masalah kekurangan buku dlm bahasa kebangsaan boleh diatasi dgn ~ buku-buku bahasa Inggeris; 2. ki membawa pengertian, men­tafsirkan: penguat-kuasaan boleh diterjemah­kan sbg langkah menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran lain; 3. menukarkan atau mengubah sesuatu kpd keadaan, bentuk dsb yg konkrit atau nyata: segalanya akan menjadi kenyataan sekira­nya kita ~ impian itu kpd pelan tindakan yg berkesan; terjemahan 1. hasil drpd menterjemahkan, yg (telah) diterjemahkan: di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~; 2. cara (gaya, kaedah) menterjemah; ~ bebas cara men­terjemah yg menunjukkan bahawa pen­terjemah tidak mengikuti gaya penulisan atau penyampaian penulis asal karya yg diter­jemah­kan; penterjemahan perihal (kerja, usaha, dsb) menterjemahkan; penterjemah orang yg menterjemahkan sesuatu, juruterjemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.je.mah] | ترجمه

Definisi : ; menterjemah melakukan kerja menukarkan bahasa sesuatu ka­rang­an dsb kpd bahasa lain: Dia mengedit bukan ~. menterjemahkan menukarkan bahasa (sesuatu karang­an dsb) kpd bahasa lain: Sudah tiga bulan dia ~ buku itu, tetapi belum juga siap. terjemahan sesuatu (kar­ya dll) yg su­dah diterjemahkan; hasil menterjemahkan se­suatu. pen­ter­­jemahan perbuatan, hal dsb menterjemah atau men­ter­jemah­kan. penterjemah orang yg men­terjemah atau menterjemahkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjemah
Kata Terbitan : menterjemah, terjemahan, penterjemahan, penterjemah,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
'BS21' terjemah kisah 'dalang'...Aiza Akma RamlanMedia Hiburan9 June 2007
'Janjimu' terjemah hidup penyanyi kelabAiza Akma RamlanMedia Hiburan3 November 2007
Pinjam Terjemah dalam Istilah Bahasa MelayuJunaini KasdanPelita Bahasa1 April 2003

Kembali ke atas