Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.kan.dung] | ترکاندوڠ

Definisi : dikandung, terdapat atau ter­muat di dlm sesuatu, tercantum (tersirat): bijih emas yg ~ dlm batu kapur; kesalahan-kesalahan yg ~ dlm undang-undang; rasa sedih yg ~ dlm suaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.kan.dung] | ترکاندوڠ

Definisi : sudah dikandung; terdapat di dlm sesuatu; termuat: Dia mencurahkan segala yg ~ dlm hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Puisi
 

Cik Ali belayar ke Bangka,
     Tupai nandung makan padi;
Siang malam tidak kusangka,
     Sudah terkandung di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tuntutan yang terkandung dalam memorandum penubuhan IFCTiadaMilenia Muslim1 September 2006
Hak asasi terkandung dalam al=QuranMohd Jamizal ZainolMilenia Muslim1 July 2006
Tuntutan yang terkandung dalam memorandum penubuhan IFCTiadaMilenia Muslim1 March 2006

Kembali ke atas