Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.pas] | ترلڤس

Definisi : 1. telah lepas atau dilepaskan: Mawi berfikir tentang perkataannya yg ~ itu; tangannya yg berpaut pd baju Badri itu ~ ke bawah; 2. tidak ditimpa (dilanda dsb) sesuatu, bebas (drpd sesuatu yg tidak baik): beliau ~ drpd kelemahan dlm menghujahkan aspek-­aspek estetika dlm karya sastera; ~ drpd tetek­ bengek kebencian; 3. bp, ki terlewat, melebihi (umur dll); ~ cakap mengatakan sesuatu dgn tidak sengaja; ~ perhatian tidak memberi perhatian kpd sesuatu hal dsb dgn tidak sengaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.le.pas] | ترلڤس

Definisi : telah lepas atau dilepaskan; bebas: Joran kailnya ~ dan terus tenggelam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Puisi
 

Bukit runtuh sehari semalam,
     Kayu terlepas beribu ratus;
Sauhnya putus kapal tenggelam,
     Harapan kami jangan diputus.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Terlepas dari mulut buaya,
     masuk ke mulut harimau.

Bermaksud :

Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Terlepas daripada membayar cukaiMahaya Mohd YassinDewan Pelajar1 September 1982
Terlepas Ikan HaruanZakaria IbrahimDewan Pelajar1 January 1968
Terlepas Dari Bayangan MautMaulana SyamsuriPerempuan1 June 1997
Terlepas dari mautNazel Hashim MohamadDewan Siswa1 March 1984
TerlepasMeena BudiPanorama1 August 1976
Jeratnya Terlepas LagiJaya RambaDewan Sastera1 March 2009
Soalnya, terlepas cakapSelina S.F. LeePelita Bahasa1 September 2000
Bayang-bayang Teduhmu, TerlepasAgusta, LeonDewan Sastra15 July 1974
Albania: lembah menarik yang terlepas perhatianKonica, AstritDewan Budaya1 May 1997
Pandir-pandir pak Pandir: kerbau jalang terlepasZakaria HitamMastika1 November 1991

Kembali ke atas