Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ting.gal] | ترتيڠݢل

Definisi : 1. terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yg sudah lama ~ di rumah; 2. ter­ke­belakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang; 3. terdapat sbg baki drpd sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yg ~ begitu sahaja; 4. terabai, terbengkalai: banyaklah kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ting.gal] | ترتيڠݢل

Definisi : 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: Dlm perlumbaan itu, Rosnah ~ di belakang sekali. 2 tidak dibawa bersama kerana terlupa; tercicir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,

Peribahasa

Angkuh terbawa,
     tampan tertinggal.

Bermaksud :

Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (Ejekan kepada orang yang suka bersolek).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tertinggal Kereta ApiMuhammad Haji SallehDewan Sastera1 January 2002
Tiada Yang TertinggalShukran Putusangin BelfasDewan Sastera1 October 2008
Kenangan Yang TertinggalLelaRemaja15 August 2000
Kita yang TertinggalAzhar SallehTunas Cipta1 January 2005
Semalam Yang TertinggalMaslina Abd. AzizDewan Sastera1 August 1994
Dia Yang Tertinggal...Mawar DesaRemaja1 February 1995
Bumi Afrika tertinggal di AmerikaNorida Haji JalaluddinDewan Siswa1 November 1985
Aku Masih TertinggalRosli MatariDewan Budaya1 December 2004
Antara kami yang tertinggalNgajadMingguan Wanita1 May 2009
Sisa-Sisa Hidup Yang Tertinggal IniMohd. Adib Ab. RahmanDewan Sastera1 January 2009
12

Kembali ke atas