Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.was] | تيواس

Definisi : (téwas) 1. menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan, dll): ~ dlm pertandingan kejohanan badminton; 2. gugur (dlm peperangan), mati, terkorban: mereka telah ~ dlm peperangan itu; 3. tidak lulus (dlm ujian), gagal, kandas: dia telah ~ dlm ujian itu; 4. sl cela, cacat, aib, keku­rang­an (dlm ilmu dll): baiklah hamba pergi ber­guru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pd ilmu penjurit; menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertem­puran), mematikan; ketewasan 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.was] | تيواس

Definisi : /téwas/ 1 tidak menang; kalah (dlm permainan dll): Pasukan sekolahnya telah ~ dlm pertandingan badminton antara sekolah-sekolah. 2 terkorban (dlm peperangan dll); mati: Askar-askar itu ~ dlm peperangan. menewaskan 1 mengalahkan lawan dlm pertandingan dll; menundukkan: Dia telah berjaya ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 membunuh musuh dlm peperangan dll; mematikan. ketewasan 1 keadaan atau hal tewas; kekalahan. 2 kecelakaan; bencana. 3 telah ditewaskan; kalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tewas (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kalah: tumpas, kecundang, gagal, kandas,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan gugur: mati, terkorban,

Kata Terbitan : menewaskan, ketewasan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bumi Yang TewasSolehatul Nissa' Mohd YusofTunas Cipta1 September 2006
Gergasi yang tewasJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 November 2008
Pentafsir Yang Tewas Merenungi Diri SendiriR. HamkamaDewan Sastra15 November 1976
Mereka Yang TewasHasanuddin Md. IsaDewan Sastera1 April 1989
Perantau Yang TewasRohaidi OthmanDewan Siswa1 January 1996
Pulangnya pahlawan yang tewasSaifullizan YahayaDewan Masyarakat1 December 2006
Rintihan Orang yang TewasRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 December 2000
'Juara' yang tidak 'Tewas'Faisal TehraniTunas Cipta1 November 2003
Seorang Pahlawan Yang TewasAzmi YusoffDewan Sastra15 March 1977
Akhirnya Raja Siam TewasZubima F. AMastika1 April 1990

Kembali ke atas