Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tiap] | تياڤ

Definisi : setiap, tiap-tiap 1. satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~ orang yg diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu; ~ buah kereta mesti didaftarkan; 2. berurutan atau yg satu mengikuti yg lain (bkn masa), saban: ~ hari (malam) saban hari (malam); ~ ketika (masa, waktu) sepanjang masa, sentiasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiap] | تياڤ

Definisi : C 1. sekali makan atau minum (bkn ubat); 2. = wang ~ wang yg dibayar kpd tuan punya rumah supaya boleh menyewa rumah­nya, wang kunci, duit kopi; meniapkan menyewakan rumah dgn me-minta wang kunci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiap] | تياڤ

Definisi : ; setiap, tiap-tiap 1 satu-satu drpd…; masing-masing: ~ orang mesti datang berlatih petang ini. ~ orang mempunyai perasaan. 2 berulang dr semasa ke semasa; saban: Perayaan itu diadakan ~ tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiap
Kata Terbitan : setiap, tiap-tiap,

Puisi
 

Batang kelapa dipotong-potong,
     Tiap satu tidak disukat;
Bulat air kerana pembentung,
     Bulat manusia kerana muafakat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tiap-tiap busuk itu meruap juga.

Bermaksud :

Pekerjaan yang jahat itu lambat-laun akan diketahui orang juga.

 

Lihat selanjutnya...(66)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tiap Yang Berlaku Ada HikmahnyaMaisarah ShairiDara.Com1 June 2008
Tiap Kali Malam TibaNurhazwani @ Halawati NoordinWanita1 March 2008
Tiap Kali Kupanggil MamaAs SyramyMingguan Wanita4 August 2006
Tiap kali perayaan harga pun naikHasrom HaronDewan Masyarakat15 September 1978
Tiap SujudkuNurimanjaDewan Siswa1 February 1983
Suaramu Kudengar Tiap MalamAdi, Yunus MukriHorison1 September 1975

Kembali ke atas