Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kap] | تيڠکڤ

Definisi : lubang angin (di dinding rumah dll) yg boleh dibuka dan ditutup, jendela: jika banyak ~ banyaklah udara yg dapat keluar masuk; ~ kipas tingkap yg memakai ram-ram atau bidai (tabir); ~ magun a) tingkap pd bahagian atas dinding atau bumbung rumah dsb utk dimasuki angin atau cahaya, jendela langit; b) tingkap yg tetap dan tidak dibuka-buka pd perahu, kapal dsb, jendela langit; ~ panjang tingkap di sepanjang serambi (beranda); ~ penangguh tingkap di bahagian dapur rumah; ~ peranginan tingkap di bumbung utk dimasuki angin; ~ tela tingkap utk masuk cahaya utk menerangi tela atau ruang rumah; meningkap melihat dr tingkap; tingkapan tingkap kecil, lubang utk angin masuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kap] | تيڠکڤ

Definisi : lubang angin di dinding rumah (terdiri drpd berbagai-bagai bentuk) yg dpt dibuka dan ditutup; jendela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkap (kata nama)
Bersinonim dengan jendela, lubang angin, tabuk, loket, ram.,

Puisi
 

Cik Mahat tukang rumah,
     Cik Ali tukang tingkap;
Minta maaf seisi rumah,
     Minta izin saya cakap.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tingkap SemalamMuhammad Zahidi Mat AliDewan Sastera1 July 2007
Tingkap DuniaNazim Mohd. SallehVariasari1 September 1994
Menyelak TingkapBorhan Md. ZainDewan Sastera1 February 2002
Pertandingan di Luar Tingkap DapurRoslan JomelDewan Sastera1 December 2004
Pagi di Luar TingkapJair SulaiDewan Sastera1 January 2005

Kembali ke atas