Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ri] | تيري

Definisi : (anak, bapa, ibu) yg tidak ada perhubungan darah, bukan (anak, bapa, ibu) sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ri] | تيري

Definisi : bukan anak (bapa, ibu dsb) sendiri: anak ~ anak kpd suami atau isteri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu (bukan darah daging sendiri); bapa ~ suami ibu yg bukan bapa sendiri; ibu ~ isteri bapa yg bukan ibu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiri

Puisi
 

Aku suka berumah tinggi,
     Pelantar besar sudah roboh;
Aku suka beranak tiri,
     Anak besar senang disuruh.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Anak kandung ditimang-timang,
     anak tiri ditengking-tengking.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Anak Tiri Yang BerbudiSeniyati YahyaDewan Pelajar1 October 1973
Ibu TiriKhairuddin AyipDewan Siswa1 June 1983
Nasib anak tiriTiadaDewan Pelajar1 September 1981
Kasidah Anak TiriSoediono, B. PriyonoHorison1 January 1977
Epik sebagai anak tiri sesetengah pengkaji sastera MelayuParnickel, BorisDewan Sastera1 October 1996
Emak dan Bapak TiriRuhi HayatMastika1 November 1973
Watak Mak Cik dan Mak Tiri dalam "Cetera Hiburan Hari Raya Aidilfitri"Hassan Baseri BudimanDewan Sastera1 December 2002
Kenapa Mahkamah Syariah bagaikan anak tiri?Azman Hj Mohd Nawi, Dalia Ismail dan Salawati HarisMilenia Muslim1 March 2006

Kembali ke atas