Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ru] | تيرو

Definisi : ~ teladan (sesuatu yg menjadi) contoh, teladan; meniru 1. mengikuti perbuatan (perkataan, gaya, cara, dll) orang dll, mencontoh, mene­ladan: kanak-kanak dgn senang dapat mem-bentuk sesuatu tabiat dgn jalan ~; ahli kelakar itu berkelakar dgn ~ cara bangsa lain bercakap; 2. membuat sesuatu yg bukan asli (tulen), memalsukan: orang Jepun dapat ~ berbagai-bagai jenis barang buatan Eropah; ~ tandatangan orang; meniru-niru mengikut-ikut (perbuatan dll orang), menyama-nyamai: pd sangka mereka itu, sekalian ilmu mengarang itu suatu pekerjaan yg ringan, boleh mendapat dgn mendengar-dengar dan ~ sahaja; tertiru-tiru terikut-ikut: dgn ~ sikap sese­orang boleh menjadi kafir; tiruan 1. perbuatan meniru; 2. hasil meniru (bukan asli atau tulen), hasil drpd usaha mem-buat sesuatu yg sama atau hampir sama dgn yg asli; getah ~ getah buatan (bukan getah asli); sutera ~ sutera buatan (bukan sutera asli); tiru-tiruan suka meniru-niru: ia mesti berpunca drpd jiwa dan lubuk hati pelakon­nya sendiri dan bukan semata-mata ~; peniruan perihal (proses, perbuatan) meniru: kami tidak menggalakkan ~ terus teknik Jepun ataupun falsafah pengurusan dan kebuda-yaan mereka; peniru orang yg meniru: kita akan menjadi ~ Barat yg sentiasa taat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ru] | تيرو

Definisi : ; meniru 1 mengikut perbuatan atau gaya orang lain; mencontoh: Kanak-kanak suka ~ gaya orang tua itu berjalan. 2 membuat sesuatu yg bukan asli atau yg tidak tulen: Budak penipu itu pandai ~ tandatangan orang lain. tiruan hasil drpd meniru; sesuatu yg tidak asli atau yg tidak jati: getah ~ getah yg bukan asli. peniruan perbuatan atau hal meniru. peniru orang yg (suka) meniru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiru
Kata Terbitan : meniru, meniru-niru, tiruan, peniruan, peniru,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tiru Macam DiaIrwan Abu bakarDewan Sastera1 April 2005
Tiru Macam SayaIsmail RestuDewan Sastera1 February 2003
Mengapa tiru teori barat?Mohd. Tarmizi Mat ZinDewan Budaya1 February 1998
Globalisasi barat tiru konsep Islam ummah sejagatTiadaMilenia Muslim1 August 2006
Pandanglah lihatlah, tiru macam sayaLatifah OthmanPelita Bahasa1 November 1990

Kembali ke atas