Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.li] | تولي

Definisi : tidak dapat mendengar (kerana rosak alat pendengaran), pekak; ~ sebelah tidak dapat mendengar dgn sebelah telinga; buta ~ tidak mempedulikan sesuatu apa; menulikan = ~ telinga 1. menyebabkan jadi tuli (kerana terlalu kuat bunyinya dll), memekakkan: teriakan penjaja itu ~ telinga; 2. membuat tuli (dgn sengaja), berpura-pura tuli (kerana tidak mahu mendengar dll); ketulian perihal tuli, kepekakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.li] | تولي

Definisi : tidak dpt mendengar kerana alat pendengarannya rosak; pekak: buta ~ tidak mengendahkan sesuatu apa pun. menulikan menyebabkan menjadi tuli (kerana terlalu kuat bunyinya); memekakkan: ~ telinga berpura-pura tidak mendengar; membuat tuli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuli (adjektif)
Bersinonim dengan pekak, congek, tuna kerna.,

Puisi
 

Burung merbuk di tepi pekan,
     Pipit tuli mati terjerat;
Buah mabuk jangan dimakan,
     Pokok berduri jangan dipanjat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti si buta mendapat tongkat,
     dipukulkan buta-tuli.

Bermaksud :

Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Buta dan TuliH. Mas. H.T.BAHANA1 May 2008
Hang Tuah: hero yang setia membuta tuliMohd. Thani AhmadDewan Siswa1 September 1983

Kembali ke atas