Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.bi] | اوبي

Definisi : 1. umbi atau akar (pd tumbuh-tumbuhan tertentu) yg biasanya boleh dimakan; 2. sj tumbuhan yg menghasilkan umbi; ~ akas = ~ arak = ~ gadung sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea hispida; ~ beng-gala ubi kentang; ~ ciabet = ~ pasir = ~ sabut sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea pentaphylla; ~ cina = ~ kastela = ~ kemili hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea bulbifera; ~ garut = ~ karut sj tumbuhan (herba), Maranta arundinacea; ~ jawa = ~ kelapa = ~ keledang = ~ kenduduk = ~ kipas = ~ manis = ~ menjangan = ~ merah = ~ nasi = ~ teropong = ~ tiang = ~ ular sj tum--buhan (pokok memanjat), Dioscorea alata; ~ kayu = ~ jenderal = ~ perancis sj tumbuhan (pokok kecil), Manihot utilissima; ~ keladi ubi drpd beberapa jenis keladi; ~ keledek = ~ jalar = ~ jawa = ~ ketela = ~ rambat sj tumbuhan (pokok menjalar), Impomoea batatas; ~ kelonak sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea prainiana; ~ kentang = ~ benggala = ~ gendang = ~ wolanda sj tumbuhan (pokok menjalar), Solanum tube-rosum; ~ kembili = ~ kemili sj tumbuhan (herba), Coleus tuberosus; ~ sengkuang sj tumbuhan (pokok memanjat), Pachyrrhizus erosus; ~ torak sj tumbuhan (pokok me-manjat), Dioscorea esculenta; ada ~ ada talas, ada budi ada balas prb barang siapa berbuat sesuatu tentu akan mendapat balasannya; lamun ada ~, tiada ~, gadung jadilah prb jika tiada yg baik, yg kurang baik pun bergunalah; ubi-ubian pelbagai jenis ubi spt keledek, keladi, kentang dsb: makanan drpd kumpul-an nasi, mi, bijirin, roti, pasta dan ~ sebenar-nya berkalori rendah dan mengandungi sedikit lemak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.bi] | اوبي

Definisi : 1. sj ikan laut, Gobius giuris; 2. = ~ bujuk sj ikan darat, Ophicephalus lucius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.bi] | اوبي

Definisi : 1 akar atau umbi yg membesar dan selalunya boleh dimakan. 2 berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan yg mengeluarkan ubi 1. ~ garut nama sj herba, Maranta arundinacea. ~ kayu nama sj pokok kecil, Manihot utilissima. ~ keledek nama sj pokok renek, Ipomoea batatas. ~ kemili nama sj herba, Coleus tuberosus. ~ kentang nama sj pokok renek, Solanum tuberosum. ~ merah (nasi) nama sj herba memanjat, Dioscorea alata. ~ sengkuang nama sj herba, Pachyrrhizus erosus. ubi-ubian pelbagai jenis ubi, spt keledek, keladi, kentang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubi (kata nama)
Bersinonim dengan akar, umbi, isi.,

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi baik saya kenangkan.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ada ubi ada talas,
     ada budi ada balas.

Bermaksud :

Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. (Bandingkan dengan: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ubi Kayu: Nilai Perubatan dan KomersialMohd Nasir Mat NorDewan Kosmik1 June 2008
Ubi bit merah kaya dengan gula ringkasTiadaDewan Kosmik11 January 2003
Pengat Ubi KeladiSiti Salasiah TamamDewan Sastera1 November 2007
Ada ubi ada batasZain AbiDewan Sastera15 February 1983
Pokok Ubi Ditengah JalanKumbang Patah SayapMutiara1 June 1958
Rebana Ubi Kelantan: permainan rakyat yang popularWan Mahmood Wan IbrahimMastika1 September 1983
Tiga tahun lapan bulan:Kebun ubi kayuAzwan AdimayaDewan Pelajar1 August 1982
Seluang menodak baung:rakyat dan "ubi gaadung"Mohd Yusof HassanDewan Sastra15 January 1979
Seluang Menodak Baung: rakyat dan "ubi gadung"Mohd. Yusof HassanDewan Sastera15 January 1979
Tiga tahun lapan bulan:Nasi campur ubiAzwan AdimayaDewan Pelajar1 October 1982

Kembali ke atas