Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[umbi] | اومبي

Definisi : 1. sj akar yg menjadi gemuk dan berisi (keledek, kemili, dll); 2. perdu batang yg menjadi gemuk dan berisi (keladi, talas); 3. pangkal pokok yg berdaun tunggal (spt pokok kelapa, pisang, dll); 4. = akar ~ akar drpd batang yg terus masuk lurus ke dlm tanah, akar tunjang; 5. bahagian yg tertanam (tiang, pancang, dll); 6. ki punca atau asal drpd sesuatu, asal, mula, pokok, pusat: semua ini, jika kita berbalik kpd ~ dan niat, adalah bertolak drpd kekosongan iman dlm diri; umbi-umbian segala jenis umbi (keladi dll); berumbi ada umbinya, berisi; berurat ~ sudah terlalu mendalam dlm hati (perasaan dll), sudah kukuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[umbi] | اومبي

Definisi : ; umbuk-~ ark berbagai bujukan dan belai; ® umbuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[umbi] | اومبي

Definisi : 1 akar yg menjadi besar dan berisi (spt keledek). 2 pangkal batang yg menjadi besar dan berisi (spt keladi). 3 pangkal batang pohon berdaun tunggal atau monokotiledon (spt kelapa, pisang). 4 = akar ~ akar dr batang yg terus masuk lurus ke dlm tanah; akar tunjang. berumbi ada umbinya; berisi. berurat ~ ki sudah mendalam benar (bkn sesuatu perasaan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umbi (kata nama)
1. Bersinonim dengan isi: akar, perdu batang, pangkal pokok,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan punca, asal, mula, pokok, pusat, pangkal, akar, pongkol,

Kata Terbitan : berumbi,

Puisi
 

Manis sungguh tebu seberang,
     Manis di umbi sampai ke hujung;
Manis sungguh adik seorang,
     Manis di pipi sampai ke hidung.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Dari Akar Umbi Kita MerdekaJais SahokDewan Agama & Falsafah1 August 2005
Mencari akar umbi tulisan JawiFatini YaacobDewan Siswa1 September 1986
Pendedahan Komsas di Peringkat Akar UmbiMohd Hanis Mat NorPelita Bahasa1 January 2002
Universiti Budaya Malaysia menyuburkan akar umbi bangsaAbdul Rahim Tamby ChikDewan Budaya1 February 1998

Kembali ke atas