Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.gun] | اوڠݢون

Definisi : 1. longgokan kayu dll, timbunan, tompokan: ketika petang, mereka membakar ~ dan keluarlah asap yg berkepul-kepul dr daerah itu; 2. = ~ api = api ~ longgokan kayu dll yg terbakar, api longgokan kayu dll: di bawah penyalai itu hidup ~ batang manggis dan batang rambutan; mereka kelihatan duduk berbual-bual di tepi ~ api; berunggun 1. = berunggun-unggun ber-longgok-longgok, bertimbun-timbun, ber-tompok-tompok; 2. sedang membuat api unggun, sedang membakar kayu dll yg dilong-gokkan; 3. masih menyala (longgokan kayu yg dibakar dll); mengunggunkan 1. meletakkan (menyusun dll) kayu dll supaya bertimbun-timbun, me-longgokkan; 2. menimbunkan kayu dll dan dibakar; unggunan 1. longgokan kayu (sampah dll); 2. api unggun: beberapa orang anak kecil dan orang tua sedang duduk-duduk di ke-liling ~ api. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.gun] | اوڠݢون

Definisi : , = unggunan 1 timbunan atau longgokan kayu dll: ~ sampah itu kemudian diangkut dgn lori. 2 = ~ api longgokan kayu atau sampah yg sedang terbakar: Kerana terlalu sejuk, mereka tidur di tepi ~ api. berunggun 1 berlonggok; bertimbun; bertompok. 2 sedang membakar kayu dll yg dilonggokkan. 3 masih berapi (bkn longgokan kayu yg dibakar). mengunggunkan 1 menyusun (kayu dll) supaya bertimbun-timbun; melonggokkan. 2 melonggokkan (kayu dll) utk dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
unggun
Kata Terbitan : unggunan, berunggun-unggun,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Unggun Yang Menyala Untuk SemuaNabil Abu BakarDewan Sastera1 June 2008
Unggun Kasih Senandung SayangJuma'noh Abd. BungaMastika1 April 1976
Acara Unggun ApiAbd. Nasir Abd GhaniDewan Pelajar1 August 1975
Nyalakan Unggun KeazamanWadi Leta S. A.Dewan Sastera1 November 2007
Api UnggunBudiman, Beni RHorison1 February 2000
Fikiran, perasaan dan pelenturan bahasa dalam Sebuah Unggun di TepiDanauRahman ShaariPerisa1 January 1997

Kembali ke atas