Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.tung.un.tung] | اونتوڠ٢

Definisi : 1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau: cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yg buruk ini dapat melegakan fikiran kakak; 2. ada juga baiknya (barang-kali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan: biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.tung.un.tung] | اونتوڠ٢

Definisi : kalau-kalau; barangkali: Marilah kita pergi sekarang, ~ masih ada orang yg berjual di situ. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Puisi
 

Apa harap kepada tudung,
     Tudung saji terendak Bentan;
Apa diharap kepada untung,
     Untung tidak serupa badan.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Untung sabut timbul,
     untung batu tenggelam.

Bermaksud :

Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.

 

Lihat selanjutnya...(42)

204

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industri perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas, dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Konsep dagang moden..untung dalam untungN.Z AbdidinDewan Masyarakat1 November 1995
Untung berlebihan memerangkap Syarikat Jualan LangsungAdli Azamin ShukriDewan Ekonomi1 February 2007
Untung ruginya Malaysia menjadi negara industri beratNantagobalan MunusamyPelita Bahasa1 March 1990
Untung berganda membawa kepada ribaMohd. Azmi Abdul RahimDewan Ekonomi1 December 1997
Untung ruginya Malaysia menjadi negara industri beratNorasmah MahatPelita Bahasa1 April 1990
CIA untung dua kaliMansor Ahmad SamanDewan Masyarakat15 April 1982
Yang untung negara kuatAnuar Abdul MajidDewan Siswa1 September 1990
Mengharap Untung SeguniAripin SaidDewan Siswa1 November 1983
Ambil untung menjelang pembetulan pasaranTiadaDewan Ekonomi1 June 1996
Syarikat BIONEXUS untung RM28 jutaJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 November 2008
123

Kembali ke atas