Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.rai] | اوراي

Definisi : 1. tidak pukal atau padat, berbutir-butir; emas ~ emas yg berbutir-butir halus; 2. lepas terbuka, tidak terikat (bersimpul, bertaut, dsb), bercerai-cerai; ilmu ~ Id kaji bina tubuh, anatomi; berurai 1. (menjadi, dlm keadaan) lepas terbuka (tidak bersimpul, berjalinan, dsb), bercerai-cerai; 2. = beruraian berderai-derai, bercucuran: ~ air matanya; keringatnya beruraian; mengurai 1. menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat dsb), berurai, meng-hurai; 2. (menjadi) mekar terbuka: rambut yg ~; mayang ~; 3. = menguraikan; menguraikan 1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb), menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen; terurai 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil); penguraian perihal menguraikan, perbuatan dsb memecahkan kpd unsur-unsur dsb sesuatu; ® hurai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.rai] | اوراي

Definisi : ; emas ~ emas yg berbutir-butir. berurai 1 tidak bersimpul lagi; lepas terbuka; bercerai-cerai. 2 berderai-derai: ~ air mata bercucuran air mata; menangis (kerana sedih dsb). mengurai dlm keadaan berurai; mekar terbuka (bkn mayang): Rambutnya bagai mayang ~. menguraikan 1 membuka ikatan (simpul dsb): ~ simpul mati; ~ rambut. 2 mencerai-ceraikan atau mengasingkan bahagian-bahagiannya; menganalisis: Air dpt diuraikan kpd hidrogen dan oksigen. 3 membatalkan: ~ janji. uraian hasil drpd menguraikan sesuatu. penguraian perbuatan (hal dsb) menguraikan sesuatu: ~ elektrik proses memisah-misahkan sesuatu bahan kimia dgn menggunakan tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata urai

Peribahasa

Hendak kaya berdikit-dikit,
     hendak tuah (= mulia) bertabur urai,
hendak berani berlawan ramai.

Bermaksud :

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Urai BelengguSarimah OthmanNur1 January 2006
Urai BelengguSarimah OthmanNur1 January 2006
Plastik boleh uraiSarifah Kunju AhmadDewan Kosmik1 November 1996

Kembali ke atas