Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ru.san] | اوروسن

Definisi : 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya menjalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ru.san] | اوروسن

Definisi : 1 sesuatu yg diurus: Ia tidak dpt pergi ke majlis itu kerana ada ~ penting di tempat lain. 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,

Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Urusan sumber manusia dalam keadaan yang bergolakAbdul Aziz Abdul RahmanDewan Masyarakat2 January 2001
"Urusan Teras KPM ialah Pendidikan" [Diwawancara oleh Padilah Ali]Hishammuddin HusseinDewan Masyarakat1 April 2005
Lembaga Urusan dan Tabung HajiRaja Masittah Raja AriffinDewan Siswa1 October 1982
Kecanggihan urusan pejabat... pengurus perlu pekaAbdul Aziz Abdul RahmanDewan Masyarakat1 March 1996
Bahasa kebangsaan dalam urusan perniagaanAida AhamadPelita Bahasa1 December 1998
Bahasa Melayu dalam urusan bankSufiah HusainDewan Masyarakat1 April 1997
Ragam Bahasa dalam Urusan Perniagaan [ulasan buku ...Shahriah Mohd ShariffPelita Bahasa1 November 2004
Sambungan pencetak bagi urusan kecil-kecilanHizamnuddin AwangDewan Kosmik17 February 2001
Peranan Internet dalam urusan perniagaanSafinah SaupiDewan Ekonomi1 May 1996
Akta tandatangan digital 1997...mwmpercepatkan urusan kontrakAbdul Ghani AwangDewan Masyarakat1 October 1997
12

Kembali ke atas