Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.tama] | اوتام

Definisi : 1. penting sekali, terpenting: beliau sering diberi peranan ~ dlm cerita-cerita sandiwara; ~ jiwa sl jiwa, sukma; air ~ jiwa sl air yg boleh menghidupkan orang-orang yg mati; syarat ~ syarat yg terpenting; 2. paling baik, amat baik, terbaik: kebenaran dan kejujuran itulah menjadi hakim ~; mengutamakan 1. menganggap lebih penting drpd yg lain, menganggap utama, mementing-kan: sistem ekonomi telah mula berubah drpd memiliki tanah kpd ~ wang; 2. menganggap penting hanya, menumpukan perhatian dll kpd: seseorang itu mesti ~ diri sendiri dahulu baru orang lain; terutama 1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak: maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat; keutamaan 1. kelebihan drpd yg lain-lain tempat yg utama: masalah menjaga ke-amanan negeri hendaklah diberi ~ dlm per-sidangan itu; 2. perihal utama, keistimewaan, keunggulan: kalau manusia itu tidak mem-punyai fikiran, hilanglah ~nya sbg makhluk yg tinggi; 3. kebaikan budi pekerti; pengutamaan perihal mengutamakan: ~ Bahasa Kebangsaan mestilah diterima oleh segala golongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.tama] | اوتام

Definisi : 1 (yg) penting sekali; (yg) pertama sekali: Makanan ~ bagi orang-orang Malaysia ialah nasi. 2 paling baik; terbaik. mengutamakan 1 menganggap lebih penting drpd yg lain; mementingkan: Kita hendaklah ~ pelajaran drpd segala-gala yg lain. 2 menumpukan perhatian dll kpd. terutama 1 yg terpenting; yg mustahak sekali. 2 yg pertama sekali. 3 lebih-lebih lagi. keutamaan kelebihan drpd yg lain; keistimewaan; keunggulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Watak Utama dan Citra Masyarakat Drama "Memburu Bulan Sabit"Awang AbdullahDewan Sastera1 August 2002
Tugas Utama Kaum Muslim. (ulasan buku Fiqh Keutamaan: Satu Kajian Baru dari Perspektif Al-Quran dan Sunnah oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi)Ibnu Ahmad Al-KurauwiDewan Budaya1 April 2005
Misi Utama KPMSuria JanibDewan Masyarakat1 March 2009
Kronologi Utama Konflik Israel- Palestin (2800SM-2008TM)TiadaDewan Masyarakat1 February 2009
Eksport Utama MalaysiaTiadaDewan Masyarakat1 September 2008
Kesan utama televisyen satelitAbdul Azizal Abdul AzizDewan Masyarakat1 January 1995
Yang utama mestilah diutamakan yang wajib mestilah diwajibkanTiadaDewan Masyarakat15 February 1979
Watak Utama dan Perwatakan dalam Novel Tingkatan SatuA. Hamid JemainPelita Bahasa1 December 2003
Prinsip utama penciptaan puisiRahman ShaariDewan Siswa1 March 2004
Resepi utama laman webAzlina UzirDewan Masyarakat1 May 2000
12345678910...

Kembali ke atas