[wa.ba/] | وابق
Definisi : 1. sj penyakit menular, (berjangkit) yg merebak: ~ cacar; ~ taun; 2. kejadian atau perbuatan buruk (spt penagihan dadah, perbuatan jenayah, dll) yg merebak ke merata tempat: ~ dadah perlu dibanteras; ~ kepincangan yg melanda koperasi; mewabak merebak dgn cepat: ruapan itu ~ hingga memenuhi setiap ruang tanah itu; bayangan hitam itu ~ ke hati Raid yg memaksanya mengasak terus; mewabakkan menyebabkan merebak, merebakkan: aku tahu jawaban itu akan ~ suasana tegang ke seluruh pelosok rumah kami. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[wa.ba/] | وابق
Definisi : kejadian diserang penyakit menular yg merebak dgn cepat di kalangan penduduk sesuatu kawasan; hawar: ~ cacar; ~ taun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)